DARI MAHKAMAH
Bintang TV didenda $700 kerana pandu tidak hati-hati dan tanpa beri perhatian
Jul 02, 2016 | 05:30 AM
BINTANG televisyen Rui En didenda $700 semalam atas kesalahan memandu secara tidak berhati-hati dan tanpa memberi perhatian.
Pelakon berusia 35 tahun itu, yang nama sebenarnya Lu Rui En, mengaku bersalah gagal mengawal kereta BMWnya yang melanggar sebuah motosikal di tempat letak kereta berdekatan Blok 331 Clementi Avenue 2 pada 12 April lalu.