Bintang yang mahu sinari kehidupan orang lain
May 02, 2017 | 05:30 AM
ENCIK Mohamed Faizal Mohamed Abdul Kadir merupakan antara mereka yang mendapat julukan 'superstar' dalam masyarakat Melayu/Islam oleh Menteri Ehwal Dalam Negeri K. Shanmugam baru-baru ini.
Encik Faizal, 36 tahun, merupakan Pengarah dan Timbalan Peguam Negara Kanan di Divisyen Keadilan Jenayah, Pejabat Peguam Negara (AGC).