Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BioNTech bentuk kilang, HQ Asia Tenggara di S'pura, hasilkan vaksin

May 10, 2021 | 03:38 PM



SYARIKAT pengeluar vaksin Jerman, BioNTech, yang menghasilkan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech, akan membentuk ibu pejabat (HQ) Asia Tenggara serta kilang di Singapura.

Pembinaan kilang itu dijangka bermula tahun ini dan beroperasi pada 2023. Sehingga 80 pekerjaan dijangka diwujudkan.

Ia akan menghasilkan vaksin berasaskan mRNA yang akan dapat menangani ancaman pandemik ketika ini dan akan datang, ujar ketua pegawai eksekutifnya Dr Ugur Sahin, dalam sidang akhbar diadakan dalam talian pada Isnin (10 Mei).

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Encik Chan Chun Sing berkata pelaburan itu, yang jumlahnya tidak didedahkan, mengesahkan kepercayaan syarikat itu terhadap prasarana dan bakat tenaga kerja Singapura dan mengukuhkan sistem eko biofarmasi di sini.

Selain perkilangan, BioNTech akan juga menjalankan penyelidikan dan perkembangan (R&D) di sini.



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >