Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BioNTech pelopor vaksin Covid-19 tubuh HQ dan kilang di Singapura

May 11, 2021 | 05:30 AM



SETELAH berunding selama setahun, syarikat Jerman BioNTech, yang memperkenalkan vaksin bagi mengekang Covid-19 bersama Pfizer, akan membentuk ibu pejabat (HQ) Asia Tenggara dan kilang di Singapura.



Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing, menyatakan pelaburan BioNTech di sini mengesahkan keyakinan syarikat itu terhadap prasarana dan bakat di negara ini, serta membolehkan syarikat itu menjalankan penyelidikan dan pengembangan (R&D).



BioNTech akan melaburkan 'ratusan jutaan dolar' dalam kilang itu yang akan mula dibina tahun ini dan dijangka beroperasi pada 2023.



Sebanyak 80 pekerjaan akan diwujudkan di Singapura tetapi jumlah itu boleh meningkat, kata ketua eksekutif dan pengasas BioNTech, Dr Ugur Sahin, dalam sidang akhbar dalam talian semalam.



Kilang itu akan menghasilkan vaksin berdasarkan mRNA (messenger RNA technology) dan terapi bagi penyakit berjangkit dan barah, serta memberi respons yang pantas bagi rantau ini menangani ancaman pandemik di masa hadapan.



Tetapi, Dr Ugur berkata kilang itu tidak dapat membantu membekalkan bekalan sejagat bagi vaksin Covid-19 bagi 12 bulan mendatang kerana ia akan dibekalkan menggunakan kilang mereka yang sudah ada sekarang.



Dengan kilang itu, Singapura akan mendapat peruntukan peratusan daripada vaksin Covid-19 dihasilkan di sini, tambahnya.



''Mempunyai beberapa pusat dalam rangkaian pengilangan kami merupakan langkah strategik yang penting dalam mengembangkan keupayaan kami di peringkat sejagat...



''Singapura menyediakan sekitaran perniagaan yang cemerlang, industri bioteknologi yang berkembang dan pangkalan bakat yang kaya,'' kata Dr Ugur, yang memberikan penghargaan kepada Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) yang telah memberikan sokongan sepanjang proses perancangan dijalankan selama setahun itu.



Menurut Encik Chan, mempunyai kilang vaksin di sini akan mengukuhkan keutuhan Singapura dalam rantaian bekalan dan mengukuhkan kedudukan Singapura sebagai sebuah hab inovasi serantau bagi industri penjagaan kesihatan.



''Kita bukan hanya memenuhi keperluan buat masa ini. Usaha sama ini akan melihat kepada keperluan masa hadapan dan kilang itu akan melakukannya, untuk melihat keadaan selepas Covid-19 dan bagaimana memenuhi keperluan serantau dan sejagat,'' jelas Encik Chan.



Beliau menambah pelaburan itu akan juga memberi dorongan kepada sektor biofarmaseutikal dan mengukuhkan sistem eko serta pangkalan bakat di sini.



Pengerusi EDB, Dr Beh Swan Gin, berkata pelaburan itu akan menyumbang kepada keupayaan rantau ini menangani ancaman pandemik di masa hadapan.



HQ di sini dibentuk selepas BioNTech yang berpangkalan di Mainz, Jerman, membentuk HQ di Cambridge, Amerika Syarikat pada tahun lalu.



Dr Ugur dan isterinya Dr Ozlem Tureci, yang beragama Islam, menarik perhatian dunia atas kejayaan mereka menghasilkan vaksin Covid-19 yang pertama dengan keberkesanan tinggi.



Pasangan ini mengasaskan BioNTech di Jerman, dan mempunyai 1,800 kakitangan, kebanyakannya saintis.




USAHASAMA BAGI KEPERLUAN MASA DEPAN



''Kita bukan hanya memenuhi keperluan buat masa ini. Usaha sama ini akan melihat kepada keperluan masa hadapan dan kilang itu akan melakukannya, untuk melihat keadaan selepas Covid-19 dan bagaimana memenuhi keperluan serantau dan sejagat.''
- Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >