Lazimnya setiap Ramadan, masyarakat Melayu/Islam sibuk berbelanja bagi persiapan Hari Raya mereka. Malah, ada yang berbelanja semasa Syawal untuk memenuhi keperluan perayaan. Mengambil kesempatan semasa musim perayaan ini, beberapa perniagaan di sini bukan hanya menawarkan diskaun dan promosi semasa Ramadan, bahkan semasa Syawal ini juga. Ada juga yang menampilkan tawaran produk baru dan lebih menarik demi terus menarik pelanggan. Wartawan ATIYYAH MOHD SAID (atiyyahm@sph.com.sg) dan IRMA KAMARUDIN (irmak@sph.com.sg) melaporkan sentimen perniagaan semasa musim perayaan ini dan menyelongkar antara strategi perniagaan yang dimanfaatkan.
BEBERAPA syarikat berupaya mencatatkan penjualan cergas sepanjang Ramadan sehingga ke Syawal, ekoran permintaan pengguna yang rancak.