Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Blogger Amos Yee mohon suaka politik di Amerika

Jan 31, 2017 | 10:40 AM



WASHINGTON: SEORANG hakim Mahkamah Imigresen Illinois telah menerima permohonan blogger warga Singapura Amos Yee bagi suaka politik di Amerika Syarikat, dan menetapkan tarikh 7 Mac untuk perbicaraan penuh.



Dalam sesi ringkas 10 minit pada Isnin (30 Jan, masa Amerika), peguam Yee, Cik Sandra Grossman, muncul di depan hakim manakala Yee muncul melalui persidangan video dari penjara tempat dia ditahan sejak tiba di Amerika pada 16 Disember lalu.



"Kami menegaskan dia ditindas di Singapura kerana pandangan politik kritikalnya, dan dia dikenakan satu proses tidak sah di Singapura," kata Cik Grossman kepada akhbar The Straits Times melalui telefon.



Yee akan terus ditahan sehingga perbicaraan, kecuali Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) memberinya parol. Dia sedang ditahan di di Kemudahan Pemulihan Orang Dewasa Daerah McHenry di Woodstock, Illinois.



Mahkamah Imigresen tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuat keputusan mengenai penahanannya. Bagaimanapun jika dia dibebas, tarikh perbicaraannya akan ditangguhkan dan mungkin memakan masa bertahun untuk dia melengkapkan proses suaka itu, ujar Cik Grossman.



"Dia mahu dibebaskan secepat mungkin, kami telah membuat permintaan kepada ICE dan kami akan memperbaharui permintaan itu," katanya.



Jika Yee kekal dalam tahanan, sesi mendengar permohonan suakanya akan diadakan pada 7 Mac. Ia sesi selama beberapa jam dan melibatkan keterangan bersumpah saksi di mahkamah, kata beliau. Kes itu boleh diputuskan berdasarkan sesi tersebut.



Perintah eksekutif Presiden Donald Trump baru-baru ini kemungkinan besar tidak akan menjejas kes Yee, kecuali mungkin secara tidak langsung, kerana pentadbiran Trump mengarahkan menambahkan tempoh tahanan ke atas pencari suaka yang memerlukan pengalihan sumber, kata Cik Grossman.



"Tetapi Amos Yee berada dalam kedudukan lebih baik daripada orang di luar negara kerana dia sudah berada di sini dan dengan itu mempunyai hak bagi proses yang sewajarnya," katanya.



Yee, 18 tahun, tiba di Amerika dengan visa pelancong dan tiket pergi balik dari Singapura. Dia mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa O'Hare Chicago pada 16 Dis.



Menurut kisah yang disiarkan dalam talian oleh seorang aktivis Singapura berpangkalan di Amerika, Melissa Chen, seorang pegawai Kastam dan Perlindungan Sempadan mengarahkan Yee diperiksa dan "mereka merampas alat-alat elektronik dan mendapati mesej teks antara Amos dan saya, iaitu kami sedang membuat persediakan bagi dia cuba memohon suaka politik di US".



"Amos dipaksa bercakap benar," katanya. "Amerika Syarikat bertindak benar-benar mengikut prosedur di sini. Dia tidak akan dikeluarkan sehingga satu sesi pendengaran/temuduga."



Dalam satu kenyataan awal pada 12 Jan mengenai kes itu, firma undang-undang Grossman Law LLC berkata: "Jika Encik Yee dibebaskan daripada tahanan, kerana tunggakan kes di Mahkamah Imigresen, ia mungkin mengambil masa bertahun untuk permohonannya didengar.



"Dengan lebih 520,000 kes belum selesai di mahkamah imigresen AS, pemohon suaka dari seluruh dunia tertakluk pada masa menunggu panjang, perpisahan daripada keluarga, keadaan terawang-awang dari segi undang-undang, dan sistem adjudikasi yang semakin kekurangan proses jaminan asas.



"Peguam telah meminta pembebasan kemanusiaan atau pembebasan secara parol dan mengemukakan bukti... bahawa Encik Yee layak dibebaskan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >