Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Blogger S'pura timbang tawaran rayuan kes pornografi kekanak di mahkamah AS

Nov 14, 2021 | 05:30 AM



BLOGGER warga Singapura, Amos Yee, yang berdepan dengan dakwaan berkaitan pornografi kanak-kanak di sebuah mahkamah Amerika Syarikat dan ditawarkan satu perjanjian rayuan bulan lalu, telah diberikan sebulan untuk menimbangkan tawaran itu.



Semasa satu pembicaraan di sebuah mahkamah di Chicago pada pagi Jumaat, peguam Yee berkata anak guamnya itu "meminta masa tambahan untuk berbincang dengan orang tersayang mengenai tawaran itu".



Seorang pendakwa khas bersetuju untuk memberi tempoh sebulan, kata peguam Yee, seorang peguam bela awam dilantik mahkamah.



Beliau tidak memberikan sebarang butiran mengenai perjanjian itu.



Hakim Cook County, Carol Howard, berkata Yee tidak sepatutnya mengambil selama sebulan untuk membincangkan hal itu dengan orang rapat.



Mahkamah kemudian menetapkan 2 Disember sebagai tarikh perbicaraan seterusnya.



Yee, 23 tahun, dituduh mendapatkan dan memiliki bahan pornografi kanak-kanak pada Oktober tahun lalu serta dipercayai bertukar-tukar gambar bogel dan "ribuan" pesanan dengan seorang remaja Texas berusia 14 tahun semasa di Chicago.



Dia ditangkap pada Oktober lalu dan ditahan reman sejak itu, dengan ikat jamin ditetapkan pada AS$1 juta ($1.35 juta).



Yee didakwa dan dipenjara dua kali di Singapura - iaitu pada 2015 kerana menggangu dan mencemuh sebuah kumpulan keagamaan dan pada 2016, atas tuduhan serupa.



Dia tiba di Amerika Syarikat pada 2016 dan diberikan suaka pada 2017.



Jika didakwa, status suaka Yee boleh ditarik balik dan dia boleh dihantar pulang ke Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >