Blok HDB di Nee Soon South dan Chong Pang bakal dilengkapi ciri mesra pesakit demensia

DEMI membantu pesakit demensia mencari jalan pulang, blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Nee Soon South dan Chong Pang bakal dicat semula dengan warna merah, hijau dan biru bermula Februari 2020.

Sama seperti yang terdapat di zon tempat letak kereta, blok HDB itu akan dicat dengan pelbagai ikon seperti nenas, ikan dan pokok getah untuk melambangkan blok tertentu. Selain itu, nombor blok juga akan dicat dengan jelas di sisi blok dan pada tiang blok.

Pelan mengenai ciri-ciri tambahan ini, serta peningkatan infrastruktur lain seperti papan tanda yang lebih jelas dan lebih banyak tempat rehat diumumkan pada pagi Ahad (13 Oktober), oleh penasihat akar umbi GRC Nee Soon,Dr Lee Bee Wah.

Ciri-ciri yang disyorkan adalah berdasarkan cadangan oleh sekumpulan pakar demensia seperti Dr Philip Yap, seorang perunding kanan di jabatan ubat geriatrik di Hospital Khoo Teck Puat (KTPH).

Ciri-ciri yang disarankan bertujuan membantu defisit fizikal dan kognitif yang mungkin dialami pesakit demensia, kata Dr Yap.