Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BMTC minta maaf tersiar nombor IC rekrut dalam talian

Mar 16, 2017 | 02:55 PM



NOMBOR kad pengenalan dan gambar sekumpulan rekrut Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) disiarkan dalam talian secara tidak sengaja pada Sabtu (11 Mac) sebelum pihak berkuasa menyedari kesilapan itu dan menarik balik maklumat tersebut esoknya.



Pusat Latihan Ketenteraan Asas (BMTC) memuat naik gambar yang diambil semasa majlis tamat latihan rekrut itu ke Facebook. Tetapi ia termasuk pautan yang memapar nombor kad pengenalan para askar itu bersama potret mereka.



Dalam satu kenyataan, Komander BMTC, Kolonel Desmond Yeo, berkata pusat latihan itu "mengaku bahawa menyediakan potret rekrut kami yang dilabel bersama nombor kad pengenalan mereka pada platform yang boleh diakses oleh orang awam adalah satu kesilapan yang tidak disengajakan".



"Kami memohon maaf atas kesilapan itu," katanya.



Kolonel Yeo menjelaskan potret rekrut biasanya dimuat naik dalam talian supaya mereka boleh berkongsinya dengan keluarga dan rakan mereka.



Gambar seseorang rekrut biasanya dilabel secara manual beserta nombor platun, seksyen dan katilnya.



Bagaimana bagi kumpulan yang terkini tamat latihan, label itu dilakukan secara automatik dengan mengimbas kad pengenalan rekrut untuk mempercepat proses tersebut. Ini menyebabkan gambar itu dilabel dengan nombor kad pengenalan.



Tiada data peribadi lain terkeluar, kata Kolonel Yeo.



"BMTC segera menarik balik pautan pada potret itu menjelang tengah hari esoknya, apabila kesilapan itu disedari. Kami sedang mengkaji prosedur kami bagi mencegah perkara serupa berulang," katanya.



Pada Februari, Kementerian Pertahanan mendedahkan bahawa butir peribadi 850 anggota Perkhidmatan Negara (NS) dan kakitangannya dicuri dalam apa yang kementerian itu gambarkan sebagai serangan siber "yang disasar dan dirancang dengan teliti".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >