Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Bocor kes positif Covid-19: Bekas pegawai MOH dipenjara

Feb 23, 2022 | 05:30 AM



TIMBALAN ketua Unit Pengurusan Data Kementerian Kesihatan (MOH), Zhao Zheng, membocorkan bilangan kes positif harian Covid-19 sebelum diumumkan kepada satu kumpulan bual dalam talian yang terdiri daripada 50 orang.



Zhao juga lakukan satu permainan bersama ahli kumpulan itu untuk meneka bilangan kes positif pada hari tertentu, sebelum mendedahkan jumlah sebenar.



Dia kemudian akan ucapkan tahniah kepada ahli yang meneka dengan angka yang hampir tepat.



Zhao kadangkala memberikan hadiah bernilai 1 renminbi (20 sen), kepada ahli kumpulan yang menang itu.



Zhao, 37 tahun, dihukum penjara 18 minggu semalam setelah mengaku bersalah atas 11 tuduhan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).



Warga Singapura itu juga mengaku bersalah atas tuduhan di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer.



Seorang lagi warga Singapura dalam kumpulan bual di wadah WeChat, Tang Lin, 36 tahun,didenda $10,000 tahun lalu setelah mengaku bersalah atas lima tuduhan di bawah OSA.



MOH berkata bahawa pekerjaan Zhao digantung.



Mahkamah mendengar bahawa pada 2008, dia menandatangani perjanjian untuk melindungi maklumat rasmi.



Dia juga kemudian menjadi penolong pengarah bagi Jabatan Kajian Biostatistik oleh Divisyen Kesihatan Awam MOH.



Pada Februari 2020, dia ditugaskan menjadi timbalan ketua di Unit Pengurusan Data yang ditubuhkan sebagai respons akibat pandemik Covid-19.



Tugas Zhao membolehkannya mendapat maklumat bilangan kes positif Covid-19 di Singapura lebih awal sebelum ia dikeluarkan oleh MOH kepada orang ramai.



Dalam pada itu, Zhao juga dapat mengetahui profil setiap kes positif Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >