Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:32
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Bocor maklumat Covid-19: Penolong peribadi pegawai SFA dijel 6 minggu

Jun 05, 2022 | 05:30 AM



SEORANG penolong peribadi kepada pengarah agung Agensi Makanan Singapura (SFA) yang membocorkan maklumat mengenai penutupan sekolah dan perkhidmatan yang bakal terus beroperasi semasa tempoh pemutus litar Covid-19, telah dijatuhi hukuman penjara enam minggu kelmarin.



Noorain Jubli, 39 tahun, yang mempunyai akses kepada e-mel pengarah agung itu, membocorkan sebahagian seksyen draf kenyataan media kepada suaminya, Khairul Annuar Zakaria, 40 tahun.



Khairul Annuar kemudian menyebarkan maklumat itu kepada satu kumpulan WhatsApp, dan imej tersebut kemudian menjadi tular di media sosial. Kelmarin, Khairul Annuar yang bekerja sebagai pegawai teknikal telah didenda $2,000.



SFA berkata ia telah mulakan perbicaraan disiplin terhadap Noorain bersabit kesalahan itu.



Khidmatnya digantung sejak April 2020. Mahkamah diberitahu bahawa sekitar 8.38 pagi, pada 3 April 2020, satu e-mel dengan maklumat draf kenyataan media telah dihantar ke pengarah agung tersebut. Noorain nampak e-mel itu dan dengan menggunakan telefon bimbitnya, dia mengambil gambar sebahagian daripada draf kenyataan media bersama itu. Dia kemudian menghantar imej tersebut kepada Khairul Annuar menerusi WhatsApp dan memberitahunya agar tidak berkongsi dengan sesiapa.



Noorain kemudian memberitahunya yang dia tahu khidmat penting mana yang akan terus beroperasi semasa tempoh pemutus litar. Khairul Annuar kemudian memintanya menghantar senarai tersebut kerana ingin tahu sekiranya pekerjaannya akan terjejas.



Noorain kemudian menghantarnya lapan imej berkaitan maklumat tersebut.



Dia mendapat tahu tentang pemutus litar yang bakal berlaku itu menerusi Noorain, yang memperolehinya daripada draf kenyataan media bersama Kementerian Kesihatan (MOH) yang melakar langkah pemutus litar itu.



Khairul Annuar kemudian 'memotong' salah satu imej itu untuk mendedahkan hanya teksnya sebelum menyebarkannya kepada sekumpulan 12 orang lain menerusi WhatsApp.



Kesalahan membocorkan maklumat rahsia di bawah Akta Agensi Makanan Singapura, boleh membawa hukuman penjara selama 12 bulan, denda $2,000 atau kededuanya sekali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >