Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Boeing 737-8 SIA akan beroperasi semula dalam penerbangan, kelengkapan kabin baru

Nov 17, 2021 | 05:30 AM



PESAWAT Boeing 737-8 yang dulu dikendalikan SilkAir, yang telah lama tidak terbang, semakin hampir membuat penerbangan bersama penumpang semula, dengan kabin yang telah diperbaharui.



Antara perubahannya ialah hiburan dalam penerbangan dan tempat duduk bereka bentuk baru yang memberi penumpang ruang kaki lebih luas.



Penumpang kelas bisnes mempunyai tempat duduk yang boleh dilaraskan untuk menjadi katil rata, dan bukan setakat tempat sandarnya boleh dikebelakangkan.



Singapore Airlines (SIA), yang menyepadukan SilkAir dalam operasinya awal tahun ini, mengumumkan semalam bahawa pesawat itu akan mula beroperasi secara beransur-ansur dalam penerbangan pendek atau sederhana merentasi seluruh rangkaian SIA dalam beberapa minggu ini.



Ini termasuk perkhidmatan ke destinasi di Brunei, Kemboja, Indonesia, Malaysia, Maldives, Nepal dan Thailand, tertakluk pada kelulusan pengaturan di negara-negara itu.



SIA melabur kira-kira $230 juta untuk membangunkan dan memasang produk kabin baru pada Boeing 737-8, atau dikenali sebagai Boeing 737 Max 8.



Projek itu dimulakan tiga tahun lalu, tetapi kemajuan tertangguh oleh tindakan menghentikan penerbangan pesawat itu dan pandemik Covid-19.



Naib Presiden Eksekutif Komersial SIA, Encik Lee Lik Hsin, berkata dalam satu temu bual media semalam bahawa rombakan bekas pesawat SilkAir itu akan meningkatkan pengalaman pelanggan dengan ketara.



"Sebaik sahaja kami membuat keputusan menyepadukan semula SilkAir ke dalam SIA, kami tahu kami perlu membuat peningkatan dalam bahagian produk, khususnya berkenaan pesawat berbadan sempit yang dikendalikan oleh SilkAir.



"Saya berani mengatakan bahawa produk yang akan kami keluarkan adalah yang terbaik dalam kelasnya pada peringkat global dan, sebenarnya, pada peringkat serantau di laluan yang akan kami gunakan pesawat ini... ia tiada tandingannya," ujar Encik Lee.



Pesawat 737-8 yang dirombak SIA akan mempunyai 144 tempat duduk dalam kelas ekonomi dan 10 tempat duduk dalam kelas bisnes.



Perubahan paling ketara bagi penumpang kelas ekonomi ialah monitor skrin sentuh 10 inci dengan port pengecas USB bersepadu.



Sistem hiburan menampilkan peta penerbangan 3D baru yang membolehkan penumpang mengakses 20 paparan peta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >