Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bohong tentang hubungan sulit: Bekas pengetua sekolah dipenjara empat minggu

Jan 21, 2016 | 12:48 PM



BEKAS pengetua Sekolah Tinggi River Valley (RVHS), Koh Yong Chiah, yang berbohong tentang hubungan sulitnya dengan vendor yang dia beri kontrak sekolah bernilai berjuta-juta dolar, dipenjara empat minggu pada Khamis (21 Jan).


Koh, 61 tahun, telah merayu terhadap hukuman itu, dan diberi ikat jamin $15,000.


Dia mengaku bersalah memberi maklumat palsu kepada seorang pegawai kanan Kementerian Pendidikan (MOE) bulan lalu.


Koh, yang telah berkhidmat selama 35 tahun dan pernah menjadi pengetua empat sekolah sejak 1995, berbohong kepada suprerintenden kelompok Chia Ban Tin pada 24 November 2005 bahawa dia tidak mempunyai hubungan sulit dengan pembekal khidmat sekolah Ivy Loke Wai Lin, 55 tahun.


Cik Chia, yang ditugaskan menyiasat satu aduan tanpa nama terhadap Koh atas dakwaan salah laku, kemudian melaporkan kepada ketua pengarah pendidikan (DGE) bahawa tidak ada perbuatan salah laku berlaku.


Koh menjadi pengetua Maktab Rendah Jurong (JJC) ketika itu. Dia kemudian menjadi pengetua RVHS pada 2009.


Cik Loke pengarah dan pemegang saham majoriti syarikat Education Architects 21 (EA 21) dan Education Incorporation (EI), yang menyediakan perkhidmatan logistik berkaitan pendidikan dan aneka logistik bagi JJC.


Apabila Koh berpindah ke RVHS pada Disember 2009, beliau juga memberi perkhidmatan kepada RVHS.


Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Navin Naidu berkata pada 2012 bahawa Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) menerima maklumat awam bahawa Koh disyaki terbabit dalam urusan rasuah dengan Cik Loke.


Terdapat juga dakwaan berkaitan salah laku dalam proses perolehan, disebabkan hubungan peribadi intim antara Koh dan Cik Loke.


Mereka mengadakan hubungan seks buat pertama kali semasa lawatan khidmat masyarakat sekolah ke Lijiang City, China, pada Mac 2001. Koh membeli dua cincin emas sebagai ikrar cinta mereka.


Cik Loke berpisah daripada suaminya pada 2004 dan mereka bercerai setahun kemudian.


Antara Mei dan November 2005, atas kedudukannya sebagai pihak berkuasa terakhir meluluskan kontrak bagi JJC, Koh memberi kontrak bernilai $162,491 kepada EA 21. Dia tidak mendedahkan sifat hubungannya dengan Cik Loke kepada panel kelulusan sebut harga.


Koh disoal selepas DGE menerima aduan tanpa nama pada November 2004 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Cik Loke, dan mereka berkelakuan tidak sesuai di kawasan sekolah dan dalam lawatan sekolah di luar negara.


Mahkamah diberitahu bahawa kontrak JJC terakhir yang diberi kepada EA 21 ialah pada Oktober 2006.


Pada tahun berikutnya, Cik Loke menubuhkan EI untuk membida kontrak dengan JJC.


Koh memberi lebih 48 kontrak kepada EI tanpa mendedahkan hubungan peribadi intimnya dengan Cik Loke.


Pada Disember 2009, Koh menjadi pengetua RVHS. Antara Mac 2010 dan Julai 2012, dia meluluskan 39 kontrak untuk EI.


Antara 2005 dan 2012, Koh meluluskan kontrak bernilai $3.2 juta kepada EA 21 dan EI.


Peguam Koh, Encik Lawrence Ang, dalam rayuannya berkata reaksi naluri bapa dua anak itu apabila ditanya oleh Cik Chia ialah menafikan tuduhan itu kerana berasa malu.


Beliau merayu mahkamah mengenakan hukuman denda, dan berkata anak guamnya menghadapi kemungkinan dipecat daripada Perkhidmatan Pendidikan.


Koh kini digantung daripada tugas. Jurucakap MOE berkata bulan lepas: "Pendidik yang gagal mematuhi piawaian kelakuan dan tatatertib kami akan dikenakan tindakan disiplin Bagi kes serius, mereka boleh dipecat daripada perkhidmatan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >