Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bohong tentang hubungan sulit: Rayuan bekas pengetua ditolak

Nov 18, 2016 | 12:11 PM



BEKAS pengetua Sekolah Tinggai River Valley (RVHS), Koh Yong Chiah, yang berbohong tentang hubungan sulitnya dengan seorang pembekal yang diberinya kontrak sekolah bernilai berjuta dolar, mula menjalani hukuman penjara empat minggu pada Jumaat (18 Nov) selepas rayuannya terhadap hukuman ditolak.



Sebuah panel tiga hakim Mahkamah Tinggi mendapati kes itu mewajarkan hukuman tahanan memandangkan "bahaya ketara" yang disebabkan oleh kesalahan Koh walaupun tidak ada rasuah sebenar atau penyalahgunaan dana awam.



"Dengan menyembunyikan hubungan sulitnya dengan Ivy, seorang pembekal sekolah, dan secara pasif mengekalkan kepalsuan, perayu dibenarkan melemahkan kewibawaan proses perolehan dan keyakinan pada perkhidmatan awam, terutama kerana konflik kepentingan itu tidak dapat dikesan untuk tempoh masa panjang," kata Hakim Rayuan Chao Hick Tin, semasa menyampaikan penghakiman.



Mahkamah itu, yang juga terdiri daripada Hakim Besar Sundaresh Menon dan Pesuruhjaya Kehakiman See Kee Oon, berkata Koh tidak menarik balik kenyataan palsu itu, sekali gus terus menegaskan kepalsuan.



Koh mengaku memberi maklumat palsu kepada Cik Chia Ban Tin, seorang pegawai Kementerian Pendidikan (MOE) pada 24 Nov 2005, bahawa dia tidak mempunyai hubungan sulit dengan pembekal itu, Cik Ivy Loke Wai Lin.



Koh, 61 tahun, ketika itu pengetua Maktab Rendah Junior (JJC). Dia kemudian menjadi pengetua RVHS pada 2009.



Koh dan Cik Loke, kini 55 tahun, bertemu pada 2000 ketika beliau menjadi pengetua Sekolah Tinggi Cina (CHS). Hubungan seks pertama mereka ialah semasa CHS mengadakan lawatan khidmat kemasyarakatan ke Lijiang, China, pada 2001.



Kedua-dua mereka sudah berkahwin.



Antara Mei dan November 2005, dalam kedudukannya sebagai pihak berkuasa yang memberi kelulusan akhir bagi kontrak di JJC, Koh memberi enam kontrak bernilai $162,491 kepada firma Cik Loke, Education Architects 21 (EA 21).



Dia tidak mendedahkan hubungannya dengan Cik Loke kepada panel kelulusan sebut harga.



Antara 2005 dan 2012, dia memberi kontrak bernilai $3.4 juta kepada EA 21 dan sebuah lagi firma Cik Loke, EI.



Apabila disoal oleh Cik Chia mengenai aduan tanpa nama tentang salah laku itu, Koh menafikan tuduhan tersebut.



Koh dipecat daripada perkhidmatan awam pada 14 September.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >