Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CABARAN FUTSAL ANTARA SEKOLAH SINGAPORE POOLS-FAS

Bola sepak wadah penting ke arah usaha pupuk nilai murni

Jul 04, 2018 | 05:30 AM



NILAI murni serta keperibadian yang baik penting diterapkan sejak usia muda, dan sukan bola sepak merupakan salah satu wadah penting bagi usaha tersebut.



Demikian antara tumpuan utama pertandingan futsal hasil kerjasama Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dan Singapore Pools yang dilancarkan semalam di Our Tampines Hub (OTH).



Cabaran Futsal Antara Sekolah Singapore Pools-FAS (ISFC) itu diadakan buat julung kalinya dan melibatkan 44 pasukan dari 37 sekolah sekitar Singapura.



Peserta dibahagikan kepada dua kategori umur, bawah 10 tahun dan bawah 14 tahun.



Kejohanan bawah 10 tahun berlangsung 3 hingga 18 Julai tahun ini manakala kejohanan bawah 14 tahun dijadualkan untuk bermula pada Ogos.



Selain menyediakan peluang yang lebih banyak untuk bermain, nilai Hormat, Kerjasama dan juga Minat akan diterapkan dalam peserta.



Semasa berucap di majlis pelancaran tersebut, Timbalan Presiden FAS, Encik Bernard Tan, berkata bahawa FAS percaya sukan memainkan peranan penting dalam mendidik belia melalui peluang pembelajaran yang pelbagai.



"Dari cara kita bermain, sehinggalah sikap kita sesama anggota pasukan lain dan juga pasukan lawan, terdapat pelbagai bentuk pengajaran yang boleh diraih di dalam dan luar padang.



"Kerana itu, kami memutuskan untuk menekankan nilai-nilai tersebut," katanya.



Kapten Young Lions Taufiq Muqminin, pemain kelab bola sepak Hougang United FC Justin Hui dan pemain Warriors FC Mukundan Maran, terpilih sebagai Duta Nilai ISFC untuk menekankan tiga nilai tersebut.



Semasa ditemui di majlis pelancaran semalam, Taufiq berkata:



"Belia harus sedar bahawa nilai ini penting dalam bola sepak dan juga boleh dipraktikkan dalam kehidupan harian mereka.



"Sikap hormat boleh ditunjukkan melalui semangat kesukanan yang dipaparkan antara satu sama lain dan juga terhadap pasukan lawan. Selain itu, memastikan padang bersih juga menunjukkan sikap hormat kepada persekitaran," katanya.



Semangat kerjasama pula penting dalam bola sepak, antara pemain, jurulatih, ibu bapa dan juga bersama peminat, tambah Taufiq.



Menurut beliau lagi: "Minat pula memainkan peranan penting dalam kejayaan. Ia merupakan dorongan untuk menjadi pemain yang lebih baik."



Ketua Pegawai Eksekutif Singapore Pools, Encik Seah Chin Siong, pula berkata mereka menyokong penuh usaha untuk membangunkan minat terhadap sukan dan kecemerlangan dalam sukan.



Katanya: "Kami gembira diberi peluang bekerjasama dengan FAS dalam perjalanan cukup bermakna untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diri belia melalui futsal."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >