DUNIA, termasuk Amerika Syarikat boleh belajar daripada Singapura, yang melaburkan banyak masa dan usaha bagi memastikan keharmonian sosial terus wujud di negara ini hari ini dan esok, ujar Duta Besar Amerika ke Singapura, Encik Kirk Wagar.
Beliau berkata demikian kepada Berita Harian selepas majlis iftar anjuran Kedutaan Amerika di kediaman rasminya di Leedon Park, kelmarin.