Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Boleh daftar Surat Kuasa Berkekalan dalam talian dengan usul pindaan

May 11, 2021 | 05:30 AM



INDIVIDU tidak lama lagi akan dapat membuat dan mendaftarkan Surat Kuasa Berkekalan (LPA) dengan lebih mudah menerusi proses lebih ringkas.



Ini setelah Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) mengusulkan untuk meminda Akta Keupayaan Mental (MCA) bagi membolehkan LPA dibuat secara elektronik.



Pindaan ke atas rang undang-undang tersebut dibentangkan bagi bacaan pertama di Parlimen semalam.



Sistem dalam talian itu dijamin selamat dan akan memudahkan penggunaan LPA oleh penerima kuasa untuk manfaat pemberi kuasa.



Pindaan itu juga akan meningkatkan perlindungan untuk melindungi pemberi kuasa dengan lebih baik.



MCA menubuhkan LPA sebagai instrumen undang-undang yang memperkasakan individu berusia 21 tahun dan ke atas, iaitu pemberi kuasa, untuk melantik satu atau lebih orang yang mereka percaya, iaitu penerima kuasa, untuk membuat keputusan bagi pihak mereka sekiranya mereka kehilangan keupayaan mental.



Keputusan ini termasuk berkenaan kewangan dan kebajikan peribadi.



MCA juga membolehkan individu memohon kepada mahkamah untuk dilantik sebagai timbalan untuk bertindak bagi pihak orang yang telah hilang keupayaan mental tetapi belum membuat LPA.



MSF telah mengusulkan empat pindaan kepada MCA.



Pindaan itu termasuk untuk menubuhkan sebuah sistem transaksi elektronik baru iaitu Pejabat Penjaga Awam Dalam Talian (OPGO).



OPGO membolehkan LPA dibuat dan didaftar secara elektronik dan trasaksi lain dijalankan dalam talian.



Dengan sistem baru itu, masa yang diperlukan untuk mendaftar LPA dijangkakan dapat dikurangkan ke purata lapan hari, tidak termasuk masa menunggu mandatori tiga minggu.



Buat masa ini, masa yang diambil untuk pendaftaran LPA ialah secara purata tiga minggu, tidak termasuk masa menunggu wajib tiga minggu.



"Memandangkan OPGO menggunakan sistem pengesahan Singpass, individu dapat menjangkakan cara yang lebih mudah untuk membuat LPA, tanpa menjejaskan keselamatan.



Pemberi kuasa dan penerima kuasa juga dapat dengan mudah mengambil versi terbaru LPA melalui OPGO," kata MSF dalam kenyataannya.



MSF juga akan membantu individu yang memerlukan bantuan menggunakan OPGO.



Ini termasuk memanfaatkan tempat masyarakat seperti Citizen Connect Centres dan Pusat Perkhidmatan Awam Bersepadu di Our Tampines Hub dan pelbagai acara untuk memastikan bantuan akan disediakan bagi pengguna yang memerlukan bantuan dengan proses digital.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >