Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Boleh kemuka rayuan dapat vaksin Covid-19 lebih awal

Mar 17, 2021 | 05:30 AM



WARGA Singapura dan penduduk tetap dalam beberapa keadaan tertentu kini boleh membuat rayuan agar mereka dapat menerima vaksin Covid-19 terlebih dahulu, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan semalam.



MOH akan menimbangkan rayuan mereka yang mempunyai keperluan mendesak untuk berkunjung ke luar negara bagi urusan pendidikan, pekerjaan, untuk menziarahi atau memberi penjagaan kepada ahli keluarga yang sakit tenat, atau untuk mendapatkan rawatan perubatan di luar negara sekiranya rawatan itu tidak boleh diperolehi di sini.



"Kami telah menerima rayuan oleh orang awam yang ingin mendapatkan vaksin mereka lebih awal bagi pelbagai sebab peribadi," kata MOH.



"Walaupun fokus adalah untuk memberi vaksin kepada kumpulan yang dikesan sebagai kumpulan terutama berdasarkan pertimbangan kesihatan umum, sedang lebih banyak vaksin telah dihantar ke sini, kami akan menimbangkan membenarkan warga Singapura dan penduduk tetap yang berada dalam keadaan istimewa untuk menerima vaksin lebih awal," tambah kementerian itu.



Mereka yang ingin membuat rayuan harus memastikan yang mereka akan berada di Singapura sepanjang tempoh yang diperlukan untuk menyelesaikan penerimaan dos vaksin.



Ini bermakna mereka perlu membuat rayuan itu sekurang-kurangnya lapan minggu sebelum tarikh keberangkatan.



Bagi vaksin yang sudah tersedia, sebanyak dua dos harus diberikan kepada penerima vaksin.



Suntikan dos kedua akan diberikan sesudah tiga atau empat minggu suntikan dos pertama.



Namun vaksin tersebut akan mengambil masa tambahan sepanjang dua minggu agar dos kedua menjadi berkesan dengan sepenuhnya, kata MOH.



Keutamaan akan diberi kepada mereka yang akan mengembara ke negara yang berisiko lebih tinggi kerana bekalan vaksin terhad.



MOH juga berkata ia sedang bekerjasama dengan hospital dan klinik setempat untuk menawarkan suntikan vaksin lebih awal bagi pesakit yang mempunyai keadaan kesihatan kronik kerana pesakit tersebut lebih terdedah kepada kesan kesihatan sekiranya mereka dijangkiti Covid-19.



"Bagi pesakit sedemikian, doktor mereka akan berbincang jika mereka layak menerima vaksin berdasarkan keadaan individu masing-masing," tambah MOH.



Borang rayuan boleh diperolehi menerusi pautan ini: https://www.vaccine.gov.sg/appeal



Pemohon akan dihubungi menerusi e-mel sekiranya rayuan mereka diluluskan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >