Boleh makan suplemen, tapi kaji dulu: Dr
May 08, 2017 | 05:30 AM
MAKANAN tambahan atau suplemen boleh dimakan, tetapi pengguna perlu membuat kajian dan mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu, pesan doktor keluarga, Dr Elly Sabrina Ismail.
Bercakap kepada sekitar 100 hadirin dalam dialog kesihatan semalam, Dr Elly berkata suplemen sering menjadi pilihan mereka yang mahu memantapkan kesihatan melalui jalan pintas. Namun demikian, orang ramai pun harus berwaspada terhadap manfaat yang dijanjikan.