Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Boleh mohon tiket NDP mulai hari ini

Jun 06, 2022 | 05:30 AM



ORANG ramai boleh memohon untuk cabutan tiket bagi Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini, mulai tengah hari ini.



Pertunjukan NDP bertiket, yang akan diadakan di pentas terapung di Marina Bay kembali tahun ini selepas dihentikan selama dua tahun ekoran pandemik.



Orang awam boleh memohon untuk menghadiri satu daripada tiga pertunjukan perbarisan bertiket iaitu acara previu NDP pada 23 dan 30 Julai dan hari perbarisan sendiri pada 9 Ogos, umum jawatankuasa penganjur dalam satu kenyataan semalam.



Penonton harus divaksin sepenuhnya atau disahkan tidak layak secara perubatan untuk mendapatkan vaksin, kata pihak penganjur.



Kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah yang tidak divaksin akan dibenarkan menghadiri perbarisan.



Selain daripada pertunjukan perbarisan, rakyat Singapura boleh menjangkakan karnival, pameran dan pertunjukan bunga api di lima lokasi di kawasan kejiranan pada hujung minggu 6 Ogos dan 7 Ogos.



Lebih banyak maklumat mengenai sambutan ini akan diberikan nanti.



Menurut kenyataan itu, permohonan bagi cabutan tiket ke perbarisan di Pentas Terapung Marina Bay akan dibuka pada tengah hari ini di laman web rasmi www.ndp.gov.sg/ticketing.



Pihak penganjur berkata bahawa tarikh terakhir bagi permohonan tiket ialah tengah hari 20 Jun.



Menurut kenyataan, setiap pemohon boleh memohon untuk dua, empat atau enam tiket dan hanya diberikan satu peluang undian.



Tiket-tiket yang diberikan bukan berdasarkan siapa dahulu akan didahulukan.



Setiap tiket hanya membenarkan satu penonton sahaja, tambah jawatankuasa penganjur dalam kenyataan.



Dalam pada itu, pihak penganjur mengingatkan bahawa tiket-tiket diberikan bukan untuk dijual, justeru tindakan akan diambil terhadap mereka yang cuba menjual tiket tersebut.



NDP dibuka semula kepada orang awam tahun ini dengan hampir setiap tempat duduk di Pentas Terapung Marina Bay akan diisi selepas masyarakat Singapura hanya menikmati sambutan Hari Kebangsaan secara kecil-kecilan.



Kenyataan itu menjelaskan bahawa pihak penganjur menyasarkan bahagian atas kapasiti lokasi itu menempatkan 25,000 hingga 26,000 orang.



Sementara itu, pertunjukan Pendidikan Nasional (NE) untuk pelajar Darjah 5 akan kembali semula tahun ini.



Salah satu cara untuk memohon tiket NDP ialah dengan melungsuri laman web rasmi NDP www.ndp.gov.sg/ticketing untuk borang permohonan.



Selepas membuat permohonan, satu e-mel pengesahan akan dihantar ke e-mel peribadi pemohon dan tempoh notifikasi bagi pemohon berjaya adalah dari 27 Jun hingga 1 Julai.



Dalam kenyataannya, pihak penganjur menarik perhatian bahawa e-mel notifikasi akan dikirim dari ndp2022@hapz.com.



Maka itu, ia menasihatkan para penerima notifikasi mengenai NDP 2022 supaya berhati-hati sekiranya menerima e-mel dari alamat lain kerana ia boleh jadi usaha penipuan atau pancingan data.



Dalam satu kenyataan awal sebelum ini, pengerusi jawatankuasa penganjur dan komander divisyen ketiga tentera, Brigadier-Jeneral Goh Pei Ming, berkata perbarisan tahun ini diharapkan dapat mencerminkan perjalanan negara ini sedang ia bangkit lebih kukuh daripada Covid-19.



"Kami berharap rakyat Singapura akan menyertainya dengan aktif dan bergabung tenaga untuk sama-sama turut serta dalam sambutan yang selamat, menarik dan bermakna," ujar beliau dalam kenyataan awal itu.



Perbarisan tahun ini adalah bersamaan dengan ulang tahun ke-55 perkhidmatan negara dan bermatlamat menggalak rakyat Singapura agar terus melangkah ke depan supaya menjadi masyarakat yang kuat dan bersatu, serta bergerak ke arah masa depan lebih cerah, menurut jawatankuasa penganjur.




CARA DAPATKAN TIKET NDP



1. Laman web NDP



Langkah 1 : Lungsuri laman web rasmi NDP www.ndp.gov.sg/ticketing untuk borang permohonan.



Langkah 2: Isi semua butiran diperlukan dalam FormSG seperti yang diminta di skrin sebelum menghantar borang. `



2. Kod QR



Langkah 1 : Imbas Kod QR untuk mengakses borang permohonanan.



Langkah 2 : Isi semua butiran diperlukan dalam FormSG seperti yang diminta di skrin sebelum menghantar borang.



* Satu e-mel pengesahan akan dihantar ke e-mel peribadi selepas permohonan diberikan.



* Tempoh notifikasi bagi pemohon berjaya adalah dari 27 Jun hingga 1 Julai menerusi e-mel peribadi yang disediakan semasa permohonan.



* E-mel notifikasi bakal dikirim dari ndp2022@hapz.com. Penerima notifikasi mengenai NDP 2022 harus berwaspada terhadap e-mel dari alamat lain kerana ia mungkin pancingan data.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >