Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PENAHANAN ISA

Boleh simpati, tapi bukan cara ganas: Asatizah

Mar 11, 2021 | 05:30 AM



SEMENTARA orang ramai boleh bersimpati dengan nasib golongan yang tertindas di luar negara, termasuk masyarakat Muslim yang tertindas dalam konflik Israel-Palestin, langkah menggunakan keganasan tidak harus menjadi cara menunjukkan rasa kasihan itu, kata asatizah dan pengamat setempat.



Malah menurut mereka, masyarakat Islam di sini telah lama menunjukkan keprihatinan mereka terhadap golongan itu serta meluahkan perasaan mereka dan membantu melalui badan bantuan kemanusiaan yang sah.



Selain menderma, Naib Pengerusi Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), Ustaz Dr Mohamed Ali, berkata masyarakat Islam setempat juga sering berdoa demi kebaikan masyarakat Islam yang menjadi mangsa konflik di luar negara.



"Setiap kali ada konflik di luar negara, masyarakat Islam di sini bersifat dermawan sekali menghulurkan bantuan.



"Ini semangat dan contoh yang baik, menunjukkan keprihatinan masyarakat Islam Singapura yang amat mendalam, bukan dengan cara ganas," ujar Ustaz Dr Mohamed, yang juga Penolong Profesor di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU).



Oleh itu, beliau berkata beliau warga Singapura yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bulan ini setelah dikesan merancang menyerang orang Yahudi di Sinagog Maghain Aboth di Waterloo Street, telah melebihi batasan.



Amirull Ali, 20 tahun, merupakan individu radikal sendiri pertama yang ditahan di bawah ISA kerana merancang serangan yang didorong terutamanya oleh konflik Israel-Palestin.



Kaunselor RRG, Ustazah Kalthom Isa, berkata rasa simpati atas kesengsaraan orang lain adalah satu sifat manusiawi yang sangat baik.



"Namun sifat tersebut boleh terjadi sebaliknya jika atas dasar membelanya, kita menyamaratakan tindakan terhadap orang lain yang tidak bersalah.



"Dalam Al-Quran, Allah swt sangat tegas dan melarang umat Islam menjatuhkan hukuman pada orang lain yang tidak ada kena-mengena dalam sesuatu perkara jenayah atau tindakan balas dendam," ujarnya.



Menurut Zamil Penyelidik Bersekutu di RSIS, Ustaz Remy Mahzam, Islam juga mengajar umatnya agar sentiasa mencari jalan kedamaian dan kesefahaman.



"Ini dapat dicapai dengan menjadikan jalan kesederhanaan (manhaj al-wasatiyyah) sebagai peraturan dalam menjalankan peranan strategik dalam menerapkan kehidupan beragama di Singapura.



"Dalam kita rasa simpati pun, kita perlu mematuhi konsep wasatiyyah dan bersikap adil kepada semua pihak tanpa berlaku zalim," kata beliau.



Bagi Ustaz Dr Mohamed, Amirull menjadi radikal bukan disebabkan konflik tersebut tetapi kemarahannya terhadap Israel.



"Dia ditahan ISD kerana merancang perbuatan ganas terhadap manusia dan ini disebabkan budaya tegar dan rasa benci yang sudah cukup lama berkembang dalam dirinya.



"Dia melihat keganasan sebagai jalan yang dibenarkan, sedangkan keganasan itu bukan sahaja dilarang Islam tetapi juga tidak dapat mengatasi konflik itu," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >