MULAI 1 Jun, penumpang boleh terus membawa basikal lipat dan alat mobiliti peribadi (PMD) dalam bas dan kereta api sepanjang masa.
Projek percubaan selama enam bulan, yang dijalankan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dengan pengendali pengangkutan awam dan akan berakhir bulan ini, menunjukkan bahawa kebanyakan penumpang sedia menerima amalan tersebut, kata Timbalan Ketua Eksekutif LTA bagi pengangkutan awam, Encik Jeremy Yap.