Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bomba terima anugerah kerana selamatkan wanita daripada serangan seksual

Jan 25, 2021 | 09:27 PM



SEORANG ahli bomba, Encik Muhammad Suhanas Abdul Aziz, 28 tahun, sedang menuruni tangga ke kolong blok HDB-nya bagi membeli air apabila beliau ternampak seorang lelaki pertengahan usia sedang menarik lengan seorang wanita muda secara paksa di tingkat empat blok tersebut.



Beliau mengenal pasti wanita itu sebagai jiran sama blok dengannya tetapi situasi yang dilihatnya itu agak mencurigakan. Namun, beliau terus menuruni tangga berkenaan.



Bagaimanapun, tidak lama selepas membeli minumannya, Encik Muhammad Suhanas kembali ke tingkat empat kerana merasakan ada yang tidak kena antara lelaki itu dengan wanita muda tadi. 



"Saya rasa ada yang tak kena," katanya. Beliau kemudian terlihat dua orang itu di tingkat enam. Lelaki itu sedang menyentuh wanita itu dengan zip seluarnya terbuka.



"Wanita itu memberitahu saya dalam bahasa Melayu, 'Lelaki gila ini menyentuh saya," cerita Encik Muhammad Suhanas pada Isnin (25 Januari). Beliau langsung berteriak ke arah lelaki itu sehingga dia pun melarikan diri.



Encik Muhammad Suhanas mengejarnya dua tangga ke bawah sebelum sengaja menyebabkan lelaki itu tersungkur lantas menghimpitnya.



Lelaki itu menawarkan Encik Muhammad Suhanas $1,000 agar dia dibebaskan tetapi tawarannya itu ditolak. Seorang jiran yang terdengar bunyi bising di situ langsung menghubungi polis. Lelaki itu pun ditangkap dan disiasat polis.



Encik Muhammad Suhanas adalah antara tiga individu yang menerima Anugerah Semangat Bakti Awam daripada Timbalan Penolong Pesuruhjaya (DAC) Polis, Marc E di Divisyen Polis Clementi pada Isnin.



"Saya terfikir kalaulah mangsa itu adik atau kakak saya (yang diancam bahaya), pastinya keadaannya jauh beza," kata Encik Muhammad Suhanas.



Pemandu Grab, Encik Ong Keng Chor, 40 tahun, juga dipuji kerana memberi polis maklumat yang membawa pada tiga lelaki ditangkap pada 29 September tahun lalu. Beliau adalah saksi kepada kejadian di mana tiga orang itu mengejar beberapa orang lain dengan membawa pisau panjang berkilat. Encik Ong langsung menghubungi polis.



Encik Ong berkata mereka yang menjadi sasaran berjaya melarikan diri dengan penyerang pula meninggalkan lokasi itu dengan kereta. Beliau mengekori tiga lelaki berkenaan dari Pandan Gardens ke Tiong Bahru. Lokasi mereka kemudian dimaklumkan kepada polis. Ini membantu pihak polis menangkap tiga lelaki berkenaan yang sedang didakwa.



Lelaki ketiga yang diberi Anugerah Semangat Bakti Awam adalah Encik Elisha Teo, 39 tahun, yang bertugas di Wildlife Reserves Singapore.



Pada 18 September tahun lalu, beliau ternampak seorang lelaki yang tidak sedarkan diri dalam kereta yang anehnya dicat dengan pelbagai warna. Encik Teo kemudian menghubungi polis.



Lelaki berkenaan disyaki polis terlibat dalam satu kesalahan dadah, ditangkap dan didakwa.



Selain menyampaikan Anugerah Semangat Bakti Awam kepada tiga individu itu, DAC E turut menyampaikan Anugerah Kerjasama Masyarakat kepada lima renjer Perbadanan Pembangunan Sentosa (SDC). Mereka menahan enam lelaki yang terlibat dalam rusuhan. Enam orang ini kemudian diberkas polis.



Kata DAC E:



"Kes jenayah akan lebih dihuraikan dan penjenayah pula dikekang jika semangat bakti awam masyarakat ini kuat dan berleluasa. Semangat sebegini dan kerjasama rapat dengan polis yang dipaparkan individu-individu ini dan pertubuhan wajar dipuji."



Sebuah lagi pertubuhan - Persatuan Sukan Siber dan Permainan Dalam Talian Singapura - juga menerima Anugerah Kerjasama Masyarakat kerana bekerjasama dengan Divisyen Polis Clementi bagi menganjurkan acara sukan elektronik (E-Sukan) buat belia.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >