Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bon Simpanan S'pura tawar kadar pulangan tertinggi bagi Nov

Oct 05, 2022 | 05:30 AM



TAWARAN bagi Bon Simpanan Singapura (SSB) untuk November telah dibuka kelmarin, dengan kadar faedah 3.08 peratus bagi tahun pertama dan pulangan purata 10 tahun sebanyak 3.21 peratus.



Menurut data Penguasa Kewangan Singapura (MAS), kedua-duanya berada di paras rekod tertinggi.



Sebagai perbandingan, data MAS menunjukkan SSB keluaran Oktober menawarkan kadar faedah 2.6 peratus pada tahun pertama dan pulangan purata 10 tahun sebanyak 2.75 peratus.



Rekod tertinggi sebelum ini bagi pulangan purata 10 tahun ialah pada Ogos tahun ini apabila ia mencecah 3 peratus.



Ia menyaksikan permohonan $2.4 bilion bagi peruntukan $700 juta itu.



Bagi keluaran Oktober, MAS menerima permohonan bernilai hampir $1.1 bilion bagi $900 juta yang diperuntukkan.



Keluaran terbaru SSB timbul sedang kadar faedah sejagat meningkat, dengan bank-bank setempat meningkatkan kadar Simpanan Tetap (FD) mereka.



UOB telah menaikkan kadar FD 15 bulan bagi dolar Singapura kepada 3 peratus Isnin lalu.



Kadar faedah setiap keluaran SSB bulanan adalah berdasarkan purata hasil Sekuriti Pemerintah Singapura pada bulan sebelum permohonan dibuka.



Ini telah meningkat seiring dengan langkah mengetatkan dasar kewangan oleh Lembaga Simpanan Federal Amerika Syarikat, yang setakat ini telah menaikkan kadar dana persekutuan dari 3 peratus kepada 3.25 peratus untuk mengawal inflasi.



Keluaran SSB bernilai $900 juta bagi November akan matang 10 tahun kemudian pada November 2032.



Bayaran faedah pertama akan dibuat pada 1 Mei 2023 dan seterusnya setiap enam bulan pada 1 November dan 1 Mei sehingga matang.



SSB direka untuk melengkapi simpanan dan pelaburan pelabur dalam jangka masa panjang dan disokong sepenuhnya oleh pemerintah Singapura.



Permohonan bagi November dibuka pada 6 petang Isnin lalu dan ditutup pada 9 malam pada 26 Oktober.



Permohonan boleh dibuat melalui Portal Perbankan Internet dan ATM DBS / POSB, OCBC dan UOB, serta aplikasi mudah alih OCBC.



Skim Persaraan Tambahan (SRS) atau Portal Perbankan Internet pengendali SRS juga boleh digunakan untuk permohonan.



Jumlah pelaburan bermula daripada $500 dan boleh dibuat melalui wang tunai atau dana SRS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >