Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bonus akhir tahun 1.1 bulan bagi pegawai awam; tambahan $700 bagi pegawai rendah

Nov 24, 2022 | 06:12 PM



SEMUA kakitangan perkhidmatan awam akan menerima bonus 1.1 bulan gaji pada akhir tahun, kata Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) hari ini.


Penjawat awam gred rendah – bersamaan dengan MX15 dan ke bawah – juga akan menerima bayaran satu kali tambahan sebanyak $700.


Dalam satu kenyataan, PSD berkata bonus hujung tahun itu mengambil pertimbangan prospek ekonomi sementara mengiktiraf kerja keras pegawai awam.


Dalam pada itu, pemerintah akan terus membayar Elaun Tahunan Tidak Berpencen (NPAA), atau bayaran bulan ke-13, satu bulan kepada semua penjawat awam.



“Perkhidmatan awam telah mencapai kemajuan dan bertahan dalam perjuangan melindungi Singapura dan rakyat Singapura daripada Covid-19.


“Pemerintah amat menghargai kerja keras dan pengorbanan semua pegawai awam yang telah menyahut cabaran dengan komitmen dan kecekalan,” kata PSD.



Jika dikira bersama dengan bayaran pertengahan tahun, ini bermakna penjawat awam akan menerima bonus 1.45 bulan secara keseluruhan untuk seluruh tahun.


Penjawat awam gred rendah pula menerima bayaran satu kali tambahan sehingga $1,100 tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >