Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bonus Bayi diberikan kepada semua bayi yang dilahirkan

Aug 23, 2015 | 09:24 PM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan empat inisiatif baru bagi membantu pasangan muda memulakan keluarga dan melahirkan lebih ramai anak.


Semasa berucap di Rapat Hari Kebangsaan sebentar tadi, Encik Lee berkata pasangan muda akan dibantu mendapat tempat kediaman berdekatan orang tua mereka menerusi Geran Perumahan Berdekatan.


Menurut beliau, setiap keluarga layak menerima geran tersebut, termasuk mereka yang pernah membeli flat HDB apabila membeli flat bersama atau dekat dengan orang tua.


Orang tua juga boleh menikmati geran berkenaan apabila membeli flat berdekatan anak mereka yang telah berumah tangga.


Satu lagi inisiatif ialah menambah jumlah Bonus Bayi bagi membantu pasangan muda membiayai kos penjagaan anak.


Bonus tersebut juga boleh dinikmati oleh setiap bayi warga Singapura yang dilahirkan, bukan hanya untuk empat anak pertama setiap keluarga.


Ini untuk membantu keluarga yang mempunyai ramai anak.


Mengenai Medisave pula, jumlah geran bagi akaun tersebut yang diperuntukkan bagi setiap bayi baru lahir juga akan ditambah.


Penambahan tersebut cukup untuk membiayai bayaran premium Medishield Life bagi setiap kanak-kanak sehingga berusia 21 tahun.


Jumlah cuti bapa juga digandakan menjadi dua minggu, dengan pemerintah menanggung gaji bagi minggu tambahan itu, selaras dengan dasar pemerintah menggalak bapa memainkan peranan lebih besar bagi membesarkan anak.


Inisiatif ini akan diterapkan secara sukarela, dengan sektor awam merintis langkah untuk memulakannya.


Perluasan skim Bayi Bonus, Geran Medisave dan tambahan cuti bapa berkuatkuasa 1 Januari 2015




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >