Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:11
Asar
4:30
Maghrib
7:15
Isyak
8:26

Bonus hujung tahun satu bulan untuk kakitangan awam

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Bonus hujung tahun satu bulan untuk kakitangan awam

Nov 27, 2017 | 06:17 PM

KAKITANGAN awam Singapura akan mendapat bonus akhir tahun sebanyak satu bulan – lebih tinggi daripada bonus akhir tahun 0.5 bulan tahun lalu.
Bonus Berubah-ubah Tahunan (AVC) itu, bersama AVC pertengahan tahun sebanyak 0.5 yang diberikan pada Julai lalu, bermakna kakitangan awam menerima AVC tahun penuh sebanyak 1.5 bulan tahun ini.
“Bayaran AVC itu sejajar dengan ramalan ekonomi lebih optimistik bagi 2017 berbanding 2016,” kata Jabatan Perkhidmatan Awam (PSD) dalam kenyataannya semalam.
Ekonomi Singapura tumbuh 5.2 peratus dalam suku ketiga 2017 berbanding tempoh sama tahun lalu, lebih tinggi daripada pertumbuhan 2.9 peratus dalam suku sebelumnya.
Ekonomi juga tumbuh pada kadar lebih pantas sebanyak 3.5 peratus dalam tiga suku pertama 2017, berbanding 1.7 peratus dalam tempoh sama tahun lalu.
Mengambil kira sekitaran ekonomi global dan domestik, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) telah meramalkan ekonomi akan tumbuh 3.0 hingga 3.5 peratus bagi seluruh 2017.
Sementara itu, PSD berkata kakitangan awam bergaji rendah akan mendapat bonus AVC sekurang-kurangnya $1,800.
“Ini menandakan komitmen berterusan pemerintah untuk membantu pekerja bergaji rendah,” kata PSD.
Seramai 1,490 kakitangan awam akan meraih manfaat daripada bayaran AVC minimum itu.
Sebagai contoh, seorang pegawai perkhidmatan awam yang meraih gaji bulanan $1,500 akan mendapat AVC sebanyak $1,800.
Ini adalah $300 lebih tinggi daripada bonus satu bulan sebanyak $1,500.
Bayaran AVC bagi kakitangan awam, termasuk bayaran minimum bagi pekerja bergaji rendah, telah diputuskan dalam rundingan bersama kesatuan sektor awam, kata PSD.
Semua kakitangan awam juga akan mendapat Elaun Tahunan Tidak Berpencen (NPAA) pada kadar satu bulan yang akan diberikan pada bulan Disember bersama-sama dengan AVC.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3