Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bonus hujung tahun sebanyak 1.1 bulan bagi kakitangan awam S'pura

Nov 25, 2022 | 05:30 AM



SEMUA kakitangan perkhidmatan awam akan menerima bonus 1.1 bulan gaji pada akhir tahun, kata Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) semalam.



Penjawat awam gred rendah - bersamaan dengan MX15 dan ke bawah - juga akan menerima bayaran satu kali tambahan sebanyak $700.



Dalam satu kenyataan, PSD berkata bonus hujung tahun itu mengambil pertimbangan prospek ekonomi sementara mengiktiraf kerja keras pegawai awam.



Dalam pada itu, pemerintah akan terus membayar Elaun Tahunan Tidak Berpencen (NPAA), atau bayaran bulan ke-13, satu bulan kepada semua penjawat awam.



PSD menyatakan ekonomi Singapura tumbuh 4.1 peratus dari setahun yang lalu dalam suku ketiga tahun ini, lebih perlahan sedikit berbanding pertumbuhan 4.5 peratus yang dirakamkan dalam suku sebelumnya.



Sementara itu, meskipun pertumbuhan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) dikekalkan untuk tahun ini, prospek bagi sektor berorientasikan luaran telah menjadi lemah disebabkan sekitaran ekonomi sejagat yang merosot dan risiko dalam ekonomi sejagat kekal ketara.



Bonus akhir tahun bagi hargai kerja keras dan pengorbanan semua kakitangan awam



Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) kelmarin telah mengemas kini ramalan pertumbuhan GDP Singapura kepada "sekitar 3.5 peratus" bagi tahun ini berbanding ramalan 3 peratus ke 5 peratus yang dibuat pada Mei lalu dan 3 peratus ke 4 peratus pada Ogos lalu.



Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) menambah bahawa dalam aspek pasaran pekerja pula, kadar tenaga kerja keseluruhan terus berkembang, namun kadar pengangguran naik sedikit pada September, dan pemberhentian kerja meningkat pada suku itu.



"Berdasarkan latar belakang ini, pemerintah, dengan rundingan rapat bersama kesatuan sektor awam, telah memutuskan untuk membayar semua penjawat awam komponen berubah-ubah tahunan (AVC) akhir tahun 1.1 bulan.



"Sejajar dengan saranan Majlis Gaji Kebangsaan (NWC) untuk mempertingkat gaji pekerja bergaji rendah, pemerintah akan terus mengamalkan pendekatan progresif dalam menentukan AVC untuk penjawat awam.



"Oleh itu, penjawat awam dalam gred bersamaan MX15 dan ke bawah akan menerima bayaran sekali gus satu kali tambahan $700," kata PSD.



Jika dikira bersama dengan bayaran pertengahan tahun, ini bermakna penjawat awam akan menerima bonus 1.45 bulan secara keseluruhan untuk seluruh tahun.



Penjawat awam gred rendah pula menerima bayaran satu kali tambahan sehingga $1,100 tahun ini.



"Perkhidmatan awam telah mencapai kemajuan dan bertahan dalam perjuangan melindungi Singapura dan rakyat Singapura daripada Covid-19.



"Pemerintah amat menghargai kerja keras dan pengorbanan semua pegawai awam yang telah menyahut cabaran dengan komitmen dan kecekalan," kata PSD.



Memberi respons, Timbalan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Cik Cham Hui Fong, berkata dengan pertumbuhan ekonomi yang agak baik tahun ini meskipun terdapat ketidaktentuan, bayaran bonus 1.1 bulan pada akhir tahun itu mengiktiraf kerja keras kakitangan awam.



Bayaran tambahan $700 yang akan diberi pula menandakan sokongan progresif pemerintah kepada penjawat awam gred rendah, tambah beliau.



"NTUC menggalak majikan dan kakitangan untuk terus mempertingkatkan kemahiran, untuk kekal relevan dan berdaya saing dalam perubahan waktu ini.



"Kami menyeru syarikat sektor swasta untuk melakukan yang sama dalam menghargai dan menjaga kakitangan mereka pada akhir tahun ini," kata Cik Cham.



Setiausaha Agung Gabungan Kesatuan Pekerja Awam (AUPE), Encik Sanjeev Kumar Tiwari, berkata kesatuan itu menghargai bahawa pemerintah menerima cadangan AUPE untuk pembayaran akhir tahun itu.



"AVC akhir tahun adalah bayaran yang adil sebagai mengiktiraf kerja baik pegawai kami sementara progresif dalam memastikan pegawai berpendapatan rendah mampu menghadapi kesan inflasi dan peningkatan kos sara hidup," katanya.



Beliau menambah bahawa dengan prospek ekonomi yang masih tidak menentu, pihaknya gembira dengan pengiktirafan pemerintah terhadap kerja keras dan sumbangan penjawat awam.



"AUPE kekal komited bagi penjawat awam kita terus relevan dan menyumbang secara berkesan," katanya.




"Perkhidmatan awam telah mencapai kemajuan dan bertahan dalam perjuangan melindungi Singapura dan rakyat Singapura daripada Covid-19.



Pemerintah amat menghargai kerja keras dan pengorbanan semua pegawai awam yang telah menyahut cabaran dengan komitmen dan kecekalan."
- Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >