Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bonus pertengahan tahun 0.35 bulan bagi pegawai awam; tambahan $200-$400 bagi pegawai rendah

Jun 21, 2022 | 05:30 AM



SEMUA pegawai perkhidmatan awam akan menerima bonus pertengahan tahun sebanyak 0.35 bulan dengan pegawai muda menerima tambahan $200 hingga $400.



Menurut kenyataannya semalam, Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) berkata bonus itu mengambil kira pertumbuhan ekonomi Singapura pada 2022, yang dijangka berada di lingkungan lebih rendah ramalan pertumbuhan antara 3 dengan 5 peratus.



Bagaimanapun, ini adalah lebih tinggi daripada bonus 0.3 bulan yang diberikan kepada pegawai awam pada tahun lalu.



Pembayaran tambahan sekali sahaja untuk pegawai muda namun adalah lebih rendah daripada $350 hingga $700 yang diberikan pada 2021.



PSD menjelaskan nilai bonus yang diputuskan itu adalah hasil konsultasi rapat dengan kesatuan sektor awam.



"Pemerintah amat menghargai kerja keras dan sumbangan semua pegawai awam," kata kenyataan itu.



Pegawai awam dalam gred yang setara dengan MX13(I) dan MX14 akan menerima tambahan pembayaran sekali sahaja sebanyak $200.



Mereka yang dalam gred bersamaan dengan MX15 dan MX16 serta mereka yang dalam Skim Sokongan Operasi (OSS) Gred III hingga V, akan menerima pembayaran sekali sahaja yang lebih tinggi, iaitu $400.



PSD menarik perhatian bahawa meskipun dengan pemulihan ekonomi dan kadar pengangguran yang merosot di tengah-tengah keadaan Covid-19 yang bertambah stabil, masih terdapat risiko untuk Singapura pada masa depan.



"Ramalan permintaan luaran pada 2022 telah merosot kerana antara sebabnya ialah konflik Russia dan Ukraine yang memburukkan gangguan bekalan global dan menjejas pertumbuhan banyak negara," ujar kenyataan itu.



PSD menambah:



"Dalam memutuskan pembayaran komponen berubah-ubah tahunan (AVC) pada akhir tahun, pemerintah akan terus memantau keadaan ekonomi dengan rapat serta mengambil kira garis panduan Majlis Gaji Kebangsaan (NWC) yang akan dikeluarkan lewat tahun ini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >