Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bonus sebulan akhir tahun untuk kakitangan awam

Nov 26, 2021 | 05:30 AM



  • Pekerja gred rendah turut terima bayaran tambahan sekali $500

  • Bonus iktiraf dedikasi staf awam perangi Covid-19



SEMUA kakitangan perkhidmatan awam akan menerima bonus sebulan gaji pada akhir tahun, menurut Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) semalam.



Dalam satu kenyataan, PSD berkata penjawat awam gred rendah - bersamaan dengan MX15 dan MX16, serta mereka dalam Gred OSS III hingga V - akan turut mendapat bayaran tambahan sekali sebanyak $500. Bayaran itu juga selaras dengan garis panduan Majlis Gaji Kebangsaan (NWC) untuk meningkatkan gaji pekerja berpendapatan rendah.



"Sepanjang tahun lalu, pegawai awam terus dedikasikan diri mereka kepada perjuangan nasional menentang Covid-19 dan telah bekerja tanpa mengenal penat-lelah demi memastikan Singapura dan rakyat Singapura selamat," kata PSD.



Bonus itu adalah "sebagai pengiktirafan atas kerja keras yang berterusan dan pelbagai sumbangan pegawai dalam memerangi Covid- 19," kata PSD, sambil menambah bahawa pemerintah telah berunding rapat dengan kesatuan sektor awam.



Selain itu, PSD berkata ekonomi Singapura kekal di landasan menikmati pemulihan tahun ini.



Ekonomi berkembang sebanyak 7.1 peratus menurut asas tahun ke tahun pada suku ketiga 2021.



Kementerian Perdagangan dan Perusahaan telah mengemas kini ramalan pertumbuhan Hasil Kasar dalam Negeri (GDP) kepada sekitar 7 peratus untuk tahun ini.



Dalam pada itu pemerintah akan terus membayar elaun tahunan tidak berpencen selama sebulan, lebih dikenali sebagai bonus bulan ke-13, kepada semua kakitangan awam.



Dengan mengambil kira bayaran pertengahan tahun, penjawat awam akan menerima sejumlah 1.3 bulan dalam bentuk AVC bagi tahun ini dengan mereka yang berada di gred lebih rendah menerima bayaran tambahan sekali sehingga $1,200 pada tahun ini.



"Perkhidmatan Awam telah menunjukkan ketabahan dan keazaman dalam pertempuran yang berpanjangan terhadap Covid-19. Pemerintah amat menghargai kerja keras dan ketabahan semua pegawai awam dalam memerangi wabak ini.



"Dengan bekerjasama, bersama-sama, sebagai sebuah negara, kami akan bangkit lebih kuat daripada krisis ini," kata PSD.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >