Borang kertas mohon pasport, NRIC, ditiadakan dari 2020, sebahagian langkah ICA alih khidmat ke dalam talian, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:08
Asar
4:33
Maghrib
7:13
Isyak
8:28

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Borang kertas mohon pasport, NRIC, ditiadakan dari 2020, sebahagian langkah ICA alih khidmat ke dalam talian

Dec 20, 2018 | 03:00 PM

BERMULA 2020, semua permohonan pasport dan kad pengenalan (NRIC) perlu dibuat di dalam talian, selepas Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan berkata ia akan berhentik menggunakan borang kertas bagi 15 khidmat.

Khidmat-khidmat yang terjejas, termasuk permohonan sijil kelahiran dan kematian, serta permohonan bagi mengubah alamat, akan dialihkan ke dalam talian bagi menyokong matlamat Singapura menjadi Negara Bijak.

Dalam kenyataannya semalam, ICA berkata semua khidmat yang terjejas kini ditawarkan di wadah MyICA - laman web yang dibentuknya dan boleh digunakan pihak awam dengan menggunakan SingPass.

Dilancar pada Jun tahun ini denan lapan khidmat, MyICA juga membenarkan pengguna membuat pembayaran sekali bagi beberapa urus niaga berbeza.

Sejak dilancarkan, ICA berkata ia telah mengumpul maklum balas dan memperhalui wadah itu berdasarkan maklum balas ini.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Tahun lalu, kata ICA, 88 peratus daripada lebih 5.5 juta permohonan yang diterimanya dibuat di dalam talian.

Senarai 15 khidmat ICA yang terjejas

 

  1. Mohon pasport

  2. Menggantikan/mendaftar semula untuk kad pengenalan,

  3. Mohon surat perubahan alamat

  4. Mohon pas pelajar

  5. Mohon sijil atau bukti kematian atau kelahiran, serta rekod rasmi

  6. Mohon visa bagi memasuki Singapura

  7. Mohon kad kunjungan perniagaan APEC

  8. Mohon pelanjutan kunjungan ke Singapura (Pas Kunjungan)

  9. Mohon bagi pas kunjungan jangka panjang

  10. Menilai pas kunjungan jangka panjang pranikah

  11. Mohon permit masuk Singapura semula

  12. Mohon status penduduk tetap

  13. Mohon kerakyatan

  14. Perisa pentauliahan pas imigresen dan kad pengenalan

  15. Tempah janji temu ke ICA

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map