Bos didakwa ambil sogokan lebih $100,000 daripada pekerja asing, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:39
Syuruk
6:56
Zuhur
1:00
Asar
3:59
Maghrib
7:02
Isyak
8:11
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Bos didakwa ambil sogokan lebih $100,000 daripada pekerja asing

Oct 11, 2016 | 02:50 PM

PENGARAH urusan sebuah syarikat pembuat kotak kayu dan palet dikenakan tuduhan pada Selasa (11 Okt) mengambil sogokan daripada 20 pekerja asing bagi menjamin pekerjaan mereka berterusan.

Ng Boon Cheng, yang mengendalikan Lian Lee Wooden Case Maker Co, menghadapi 20 tuduhan mengambil sogokan sejumlah $105,235, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam satu kenyataan.

MOM berkata ia telah mendapatkan semula wang itu dan memulangkannya kepada pekerja asing terlibat.

Ng didakwa bersetuju syarikat itu menolak pelbagai jumlah daripada gaji pekerja dari Januari 2011 hingga Oktober tahun lepas, untuk memastikan mereka dapat terus bekerja dengan syarikat itu.

Kesnya ditangguh ke 8 Nov.

Halal Home Based Business
Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman denda hingga $30,000 dan/atau penjara hingga dua tahun bagi setiap kesalahan.

MOM menegaskan ia mengambil pendirian tegas terhadap majikan yang mengambil sogokan, memetik dua kes pada April dan Ogos tahun lalu apabila bos sebuah firma binaan dan sebuah kelab malam didenda dan dipenjara kerana kesalahan sama.

Pekerja asing yang tertekan agar memberi sogokan harus mendapatkan bantuan daripada MOM dengan segera.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes serupa boleh melaporkannya kepada MOM dengan menelefon 6438-5122 atau mengirim e-mel ke mom_fmmd@mom.gov.sg.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map