Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN

Bos inklusif hargai pekerja kaum Hawa

Mar 28, 2021 | 05:30 AM



MENYESUAIKAN jadual kerja mengikut peredaran masa dan keperluan pekerja menjadi antara keprihatinan Encik Suhaimi Salleh selama lebih 35 tahun beliau menjadi majikan.



Ini termasuk menimbangkan keperluan dan tanggungjawab unik yang digalas pekerja wanita - sebagai ibu, anak dan pencari nafkah.



Ini sebabnya kumpulan syarikat SSA Group memberi perhatian terperinci dalam membangunkan dan melaksanakan dasar tempat kerja yang memberi layanan sama rata dan jadual fleksibel untuk kaum Hawa, kata Encik Suhaimi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan syarikat itu.



Misalnya, syarikat itu mengubah masa kerja tetap - dari 9 pagi hingga 6.15 petang kepada jadual lebih fleksibel - untuk beberapa pekerja wanita bagi membolehkan mereka menjemput anak mereka pulang dari sekolah dan pusat jagaan pelajar.



Kemudahan seperti ruang khas untuk para ibu yang menyusukan anak turut disediakan manakala cuti diberikan dalam tempoh singkat bagi memenuhi keperluan anak kecil atau ibu bapa uzur.



Encik Suhaimi menjelaskan dasar dan sistem kerja yang bersifat inklusif dan memberi layanan setara kepada kaum Hawa adalah penting.



Ini kerana 80 peratus kakitangannya adalah wanita dan mereka menyumbang kepada pertumbuhan dan kejayaan syarikat itu sama baik, atau lebih cemerlang daripada rakan kerja lelaki.



Sekitar 50 peratus daripada 20 kakitangan pengurusan pula, terdiri daripada kaum Hawa.



"Justeru dasar kerja yang memberi layanan setara dengan wanita akan memastikan yang mereka tidak berdepan dengan diskriminasi dan tahu yang mereka memiliki peluang sama rata dalam pertumbuhan kerjaya dalam syarikat ini.



"Jika kami tidak melaksanakan aturan kerja yang fleksibel untuk pekerja wanita kami, ia mungkin akan menyebabkan kami untuk berbelanja lebih tinggi jika perlu menggajikan dan melatih orang baru bagi mengambil alih peranan mereka," terang Encik Suhaimi.



Dengan adanya sistem penjejakan dan mengukur prestasi juga, pihak pengurusan dapat menyaksikan jika aturan kerja fleksibel yang dibenarkan dapat memastikan mereka produktif atau tidak dalam pekerjaan.



"Beberapa pekerja wanita juga adalah ibu tunggal, jadi dengan bersikap sensitif terhadap situasi mereka dan membolehkah aturan kerja yang fleksibel akan merangsang semangat dan mendorong mereka untuk lebih cemerlang."



Umumnya, kata Encik Suhaimi, jadual kerja yang fleksibel diperkenalkan disambut baik oleh semua golongan pekerja.



"Mereka lebih bermotivasi melihat pihak pengurusan memahami keperluan mereka, selain bersikap fleksibel terhadap aturan kerja," tambah beliau.



Kumpulan syarikat SSA yang menggajikan lebih 110 kakitangan, menyediakan khidmat profesional dalam bidang runding cara pengurusan, perakaunan awam dan perancangan estet serta institut kulinari menerusi anak syarikatnya - SSA Academy, SSA Culinary Institute, dan SSA Consulting.



Dalam memahami perspektif pekerja wanita, Encik Suhaimi mengambil iktibar dan pengalaman peribadi sebagai bapa kepada tiga anak perempuan.



"Memandangkan anak-anak perempuan saya juga seorang ibu yang bekerja, saya mendapat gambaran yang baik tentang cabaran yang dihadapi golongan itu. Terutamanya bila anak-anak sakit dan penjagaan tambahan diperlukan.



"Justeru, bagi kakitangan saya yang merupakan kaum ibu, saya lebih memahami situasi mereka, maka itu saya memberikan cuti penjagaan anak dan cuti kerja, bila-bila perlu," tambahnya yang sendiri berpengalaman terpaksa mengambil cucunya dari tajaka apabila ibu bapanya sibuk di kerja.




“Justeru dasar kerja yang memberi layanan setara dengan wanita akan memastikan yang mereka tidak berdepan dengan diskriminasi dan tahu yang mereka memiliki peluang sama rata dalam pertumbuhan kerjaya dalam syarikat ini. “Jika kami tidak melaksanakan aturan kerja yang fleksibel untuk pekerja wanita kami, ia mungkin akan menyebabkan kami untuk berbelanja lebih tinggi jika perlu menggajikan dan melatih orang baru bagi mengambil alih peranan mereka.’’
– Encik Suhaimi Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan syarikat SSA Group.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >