Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bos pengedar Lamborghini S'pura ditahan, dilepaskan dengan ikat jamin

Dec 03, 2021 | 04:32 PM



PENGEDAR kereta mewah EuroSports Global berkata belum ada tudahan dibuat terhadap bekas ketua pegawai eksekutifnya (CEO) Goh Kim San, yang ditahan oleh Jabatan Ehwal Komersial (CAD) pada Khamis (2 Dis).


Dalam pemfailan bursa, kumpulan itu berkata Encik Goh diminta berada di pejabat CAD pada 3 petang untuk ditahan, tetapi dibebaskan sekitar sejam kemudian dengan ikat jamin $50,000.


Pada Ogos, beliau telah digantung tugasnya di tengah-tengah siasatan oleh CAD. Beliau juga pengerusi eksekutif dan pengarah syarikat itu, tetapi "secara sukarela bersetuju" untuk berundur.


Memandangkan  beliau tidak didakwa atas sebarang kesalahan setakat ini dan telah bekerjasama dengan penyiasatan, EuroSports berkata jawatankuasa pencalonan dan lembaga pengarahnya telah membuat kesimpulan bahawa beliau harus meneruskan tugasnya sebagai pengerusi eksekutif, CEO dan pengarah.


Kumpulan itu berkata Encik Goh juga merupakan orang utama yang mengendalikan akaun Lamborghini dan dikehendaki terus bekerjasama dengan Lamborghini dalam pengedaran kereta itu di Singapura. "Selama bertahun-tahun, Encik Goh telah membina hubungan kepercayaan peribadi dengan Lamborghini dan hubungan ini adalah kunci kepada pengedaran di Singapura," katanya.


Ia selanjutnya berkata kepimpinan Encik Goh adalah "penting" untuk membawa syarikat itu keluar daripada situasi kewangannya yang disebabkan oleh Covid-19.


Encik Goh juga "diperlukan untuk memberi kepimpinan dan hala tuju" sedang anak syarikat kumpulan itu memulakan pengeluaran motosikal elektrik baru; beliau akan terus "ditugaskan untuk membentuk generasi pemimpin seterusnya" untuk mengambil alih syarikat itu.


EuroSports telah diberikan perintah oleh CAD dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) di bawah Seksyen 20 Kanun Prosedur Jenayah (Cap 68, 2012 Edisi Semakan), yang menghendaki syarikat itu mengemukakan dokumen tertentu yang diperlukan oleh pihak berkuasa untuk siasatan, yang sedang berjalan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >