Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENJELANG AIDILFITRI : Pelbagai tarikan menarik di Bazaar Utara

Botol kuih, bunga palsu dapat sambutan

Jun 01, 2019 | 05:30 AM



KIAN ramai yang tidak lagi membeli barang perhiasan rumah untuk Hari Raya.



Botol kuih selalunya dibeli dan digunakan untuk tahun selanjutnya.



Manakala untuk bunga palsu pula, ia tidak lagi mendapat perhatian berbanding tahun-tahun yang lalu.



Namun bagi pegerai Decorus By Mawarprada, barang perhiasan seperti botol kuih dan bunga palsu masih lagi mendapat sambutan yang baik di gerainya yang terletak di Bazar Raya Utara bersebelahan Woodlands MRT.



Cik Marzie Suki, 59 tahun, pemilik Decorus By Mawarprada, menerima beberapa tempahan untuk botol kuih yang laris dijual sejak 3 Mei lalu.



"Alhamdulillah, botol kuih dan bunga palsu kami mendapat sambutan begitu baik di sini. Ramai yang membuat tempahan untuk botol kuih dan saya sibuk menyiapkan tempahan mereka," tambah Cik Marzie lagi.



Botol kuih oleh Decorus By Mawarprada boleh diubah suai mengikut cita rasa para pelanggan.



Para pelanggan boleh memilih untuk mengubah suai botol kuih dengan menambahkan kain songket, lace, flora dan macam-macam lagi.



Selain pelanggan berbangsa Melayu, botol kuih oleh Decorus By Mawarprada juga dibeli oleh para pelanggan bangsa lain.



"Kebanyakan para pelanggan yang datang ke Bazar Raya Utara ini berbangsa Melayu," jelas Cik Marzie.



"Namun, ada juga bangsa lain yang datang ke sini untuk membeli belah. Kami juga ada menerima tempahan daripada seorang pelanggan berbangsa India yang ingin membeli botol kuih kami," katanya lagi.



Set enam botol kuih yang dijual oleh Decorus By Mawarprada diperbuat dari kaca dan plastik.



Harga bagi botol kuih plastik bermula dari $38 hingga $48.



Manakala yang kaca pula bermula dari $78 hingga ke $88.



Selain menjual botol kuih, Decorus By Mawarprada menawarkan jualan bunga palsu yang diberi sentuhan kemodenan.



Warna yang dipilih sebahagian dari hiasan untuk bunga palsu sesuai untuk semua peringkat umur.



Bunga palsu berwarna putih lebih mudah untuk diletakkan sebagai perhiasan di setiap rumah.



Harga bagi bunga palsu yang dijual bermula dari $58 hingga $300.



Decorus By Mawarprada menjual barangan hiasan seperti tempat meletak lilin dan macam-macam lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >