Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

AKTIF

'Bounce' demi jaga kesihatan

Apr 05, 2018 | 05:30 AM



APABILA diberi tugasan mencuba aktiviti BOUNCE FIT, apa yang bermain di fikiran penulis ialah sesi melompat-lompat di atas trampolin yang mudah lagi menyeronokkan.



Ternyata, gambaran penulis itu tersasar.



Setelah 45 minit melompat-lompat di trampolin BOUNCE Singapore, setiap otot (termasuk otot yang tidak pernah penulis tahu kewujudannya) merasakan kesannya.



Namun, meskipun mencabar, aktiviti itu sememangnya menyeronokkan dan merupakan cara yang baik bagi mereka yang mendambakan senaman kardio menyeluruh.



Terletak di Cathay Cineleisure, sebelum sesi BOUNCE FIT dimulakan di Free Jumping Arena, jurulatih gimnastik BOUNCE, Encik Izzat Ishamuddin, 26 tahun, melakukan sesi memanaskan badan bagi memastikan otot-otot penulis dan peserta sesi yang lain cukup renggang dan bersedia untuk kegiatan tersebut.



Selepas itu, kami menjalani pelbagai senaman kardio, termasuk menaikkan lutut ke dada (knee raises), pecutan singkat (short sprints), burpee, meloncat tinggi dari satu trampolin ke trampolin lain, dan juga senaman menggunakan bola latihan.



Walaupun diberi beberapa saat untuk berehat sementara Encik Izzat menunjukkan senaman seterusnya, penulis dan peserta lain tidak digalakkan berdiam diri di atas trampolin. Malah, diminta melakukan loncatan rendah dan perlahan.



Ini bagi memastikan otot kami terus berkerja dan tidak dalam keadaan rehat sepenuhnya agar bersedia bagi kegiatan akan datang.



"Memandangkan otot kita sentiasa 'bekerja', Bounce Fit membantu kita membakar lebih banyak kalori dalam jangka masa yang lebih singkat berbanding sesetengah senaman lain," kata Encik Izzat.



Menurutnya, sepuluh minit bersenam di atas trampolin lebih berkesan dibandingkan berlari selama 30 minit!



Buat penulis, yang lekas bosan jika bersenam terlalu lama, sesi BOUNCE FIT amatsesuai kerana ia sungguh dinamik, intensif, pelbagai dan ringkas.



Selain latihan senaman biasa, Encik Izzat juga menunujuk senaman unik yang hanya boleh dibuat di atas trampolin, seperti sit drop iaitu meloncat sambil berduduk dan back drop iaitu meloncat dengan berbaring.



Penulis gagal berulang kali untuk membuat sit drop - yang tampak senang bila dilakukan 'pro' seperti Encik Izzat.



Namun, suasana di pusat Bouce itu merangsang keinginan mencuba dan membuatkan penulis tidak malu kelihatan agak lucu dan kekok membuat kesilapan demi kesilapan.



Sebagai penutup kegiatan, Encik Izzat membawa penulis dan para peserta lain ke The Wall untuk menunjukkan aksi back drop bagi aktiviti trampolin yang mendebarkan iaitu Wall Running.



Dipopularkan persembahan Cirque Du Soleil, Wall Running adalah seni baru yang pastinya jauh lebih mudah dilihat dibandingkan dibuat.



Encik Izzat dengan mudah melaksanakan back drop dengan kakinya seolah-olah 'berlari-lari' di dinding - setinggi 5 meter - sebelum melompat tinggi.



Encik Izzat menekankan, tidak apa jika seseorang itu tidak dapat melakukan setiap kegiatan. Yang penting, mereka berani mencuba sekali gus berpeluang jadi lebih aktif menerusi kegiatan yang menyeronokkan.



"Tidak kira latar belakang sukan atau pengalaman bersenam anda, yang penting bersenam. Jadi, cubalah BOUNCE FIT!" kata Encik Izzat tersenyuman lebar.



  • Bounce Singapore terletak di tingkat 9, Cathay Cineleisure. Lungsuri www.bounceinc.com.sg untuk maklumat lanjut.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >