Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bouncer dihukum penjara dan sebat kerana serang rakan sekerja

Oct 25, 2018 | 06:37 PM



TIDAK puas hati dengan tingkah laku rakan sekerjanya di tempat kerja, seorang bouncer bersemuka dengan lelaki itu di satu pertemuan dan menyerangnya, menyebabkan keretakan di muka.



Hari ini (25 Oktober), Haroun Mohammad Iskandar, 36 tahun, mengaku bersalah menyebabkan kecederaan teruk kepada seorang lagi bouncer, Encik Aaron Lim Choon Leong, 37 tahun.



Dia dihukum penjara dua tahun dengan tiga sebatan.



Tuduhan serangan kedua melibatkan orang lain dalam kes pada 14 Februari 2016 diambil dalam pertimbangan semasa hukuman dijatuhkan.



Mahkamah diberitahu yang kedua-dua bouncer itu bekerja di kelab malam Icon II di pusat beli-belah Parklane di Selegie Road pada 19 April tahun lalu.



Selepas kelab itu tutup sekitar 3 pagi keesokan hari, ketua keselamatannya mahu menemui Encik Lim bagi membincangkan prestasi kerjanya yang kurang baik.



Haroun, yang juga tidak puas hati dengan Encik Lim, menyertai pertemuan itu.



Dia kemudian bersemuka dengan Encik Lim tentang tingkah lakunya sebelum menumbuk muka Encik Lim sekurang-kurangnya tiga kali dan menendangnya sekali.



Serangan itu berlangsung selama sekitar seminit dan kedua-dua lelaki itu kemudian meninggalkan kelab malam itu.



Ibu Encik Lim membawanya ke hospital petang itu sebelum membuat laporan polis.



Beliau dibenarkan pulang selepas dua hari dan diberi cuti hospital 28 hari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >