Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Britain beri amaran elak vaksin Pfizer jika ada sejarah alahan serius

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Britain beri amaran elak vaksin Pfizer jika ada sejarah alahan serius

Dec 09, 2020 | 10:07 PM

LONDON: Pegawai kesihatan Britain pada Rabu (9 Dis) memberi amaran bahawa sesiapa yang mempunyai sejarah tindak balas kepada alahan yang ketara tidak boleh menerima suntikan Covid-19 Pfizer-BioNTech Covid buat masa ini.

Amaran itu dikeluarkan setelah dua anggota Perkhidmatan Kesihatan Nasional, yang merupakan antara orang pertama menerima vaksin pada Selasa, mengalami tindak balas alahan dan memerlukan rawatan.

Pengarah perubatan NHS England, Encik Stephen Powis, berkata kedua-dua orang itu, yang mempunyai sejarah tindak balas, kini sedang beransur pulih.

Agensi Kawalan Produk Ubat-Ubatan dan Penjagaan Kesihatan Britain (MHRA) kini telah menasihatkan agar "orang yang mempunyai sejarah tindak balas alahan yang ketara tidak menerima vaksin ini" sebagai langkah berjaga-jaga, tambahnya.

Tindak balas alahan "ketara" termasuk terhadap ubat-ubatan, makanan atau vaksin, menurut MHRA.

Ribuan rakyat Britain menjadi yang pertama di dunia Barat menerima vaksin Covid-19 pada Selasa.

Vaksin diberikan dalam dua dos, selang 21 hari.

Mereka yang berumur lebih 80 tahun dan kakitangan penjagaan sosial dan kesihatan antara yang pertama mendapatkan suntikan itu. - AFP

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3