Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Broker saham didenda $2,000 kerana tendang bola terhadap kaki budak

Dec 06, 2016 | 02:50 PM



SEORANG lelaki didenda $2,000 kerana menendang bola sepak terhadap kaki seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun tiga kali untuk menghukumnya.



Keith Tan Chee Siang, 36 tahun, berasa marah kerana budak itu menendang bola hingga terkena anak perempuannya, menyebabkan dia jatuh dari skuter skatenya.



Pada Selasa (6 Dis), Tan, seorang broker saham, juga diperintahkan membayar pampasan $108 kepada mangsa selepas dia mengaku mencederakannya di sebuah kolong blok HDB di Bukit Panjang.



Hakim Daerah Salina Ishak berkata Tan bertindak balas berlebihan dan tindakannya menyebabkan kecederaan ke atas mangsa.



"Sebagai orang dewasa dan bapa, anda sepatutnya menunjukkan contoh lebih baik dan tidak mengambil tindakan sendiri," kata beliau kepadanya.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Chew Xin Ying berkata pada 25 Mei 2016, mangsa sedang bermain bola sepak dengan rakannya apabila dia menendang bola ke arah anak perempuan Tan yang berusia enam tahun dan ia terkena bahunya.



Budak itu terjatuh dari skuter skatenya dan mula menangis.



Dengan niat menghukum kanak-kanak itu, Tan minta bola tersebut daripadanya dan menyuruh dia berdiri dekat tembok kolong blok.



Dari jarak tiga hingga lima meter di belakang budak itu, Tan menendang bola terhadap kakinya tiga kali.



DPP Chew berkata selepas sepakan kedua dan ketiga, Tan tanya kanak-kanak itu "sakit atau tidak" tetapi dia tidak menjawab.



Kanak-kanak itu takut dan gementar walaupun kedua-dua kakinya cedera.



Tan kemudian berjalan pergi tanpa memeriksa kesejahteraan mangsa.



Tuduhan kedua melakukan perbuatan gopoh yang membahayakan keselamatan diri orang lain diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.



Tan menendang bola tetapi ia tidak mengena budak itu dan sebaliknya terkena tembok dan melantun terkena muka kanak-kanak itu, menyebabkan badannya sakit dan hidungnya berdarah.



Ibu kanak-kanak itu membuat laporan polis.



 



* Artikel ini telah disemak bagi menambah ketepatannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >