Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Brunei dapatkan khidmat peguam Singapura lagi bagi kes rasuah rumit

Jan 03, 2017 | 10:46 AM



PEJABAT Peguam Negara Brunei mendapatkan khidmat Peguam Kanan Hri Kumar Nair dari Singapura untuk membantu dalam satu kes rasuah rumit melibatkan dalang warga Malaysia, pegawai syarikat Brunei Shell Petroleum (BSP) dan lebih B$5 juta ($5 juta) secara keseluruhan.



Encik Nair memimpin sebuah pasukan daripada firma Drew & Napier, termasuk Encik Navin S. Thevar dan Encik Edwin Soh, dalam kes terhadap Sabeli Ismail, 56 tahun, seorang pegawai kanan BSP yang bekerja bersama syarikat itu lebih 34 tahun.



Pada Ogos, ketua eksekutif Drew & Napier, Peguam Kanan Davinder Singh, bertindak bagi Peguam Negara Brunei dalam satu perbicaraan berkaitan.



Kes itu "sebahagian" daripada usaha berterusan menghapuskan unsur dan amalan rasuah dalam BSP, kata hakim perbicaraan.



Oktober lalu, Sabeli mengaku bersalah terhadap enam pertuduhan rasuah yang berlaku pada 2008.



Sabeli mewujudkan pesanan kerja bagi membeli pelbagai barangan daripada Musfada Enterprise, dengan dia menerima rasiah B$30,250 kesemuanya dan menyebabkan BSP kerugian B$51,200.



Lima pertuduhan lagi, melibatkan Sabeli menerima rasuah B$21,500, diambil kira apabila hukuman dijatuhkan.



Dia dihukum penjara empat tahun yang berjalan serentak bagi setiap pertuduhan bulan lalu, didenda B$30,250 dan diarah membayar kos B$50,000.



Dalam alasan penghakiman bulan lepas, ketua majistret Brunei Muhammed Faisal Pehin Dato Kefli menggariskan "kepentingan industri minyak dan gas kepada ekonomi Brunei dan status BSP sebagai badan awam dalam industri itu".



BSP menyumbang lebih separuh daripada hasil dalam negara kasar (GDP) Brunei dan 90 peratus daripada jumlah pendapatan eksport, mahkamah diberitahu dalam kes berkaitan sebelum ini.



Sabeli orang kedua daripada lapan suspek yang didapati bersalah dalam kes rasuah besar-besaran rumit yang disiasat pihak berkuasa Brunei sejak 2009.



Enik Singh Ogos lalu menjalankan dakwaan ke atas seorang lagi bekas pekerja BSP, Aidah Tengah, 44 tahun.



Aidah dihukum penjara tiga tahun atas rayuan kerana menerima rasuah berjumlah B$200,200 daripada David Chong, pengurus Musfada Enterprise, sebuah kontraktor utama BSP.



Musfada membekalkan barangan seperti kit tumpahan minyak, palet kotak dan peralatan keselamatan.



Chong, seorang rakyat Malaysia yang menjadi dalang rasuah yang dibayar antara 2007 dan 2009 itu, dihukum penjara enam tahun pada 2013.



Pengamal undang-undang berkata, pelibatan peguam sebuah firma undang-undang terkemuka Singapura membayangkan peri penting yang diletak pada kes itu oleh kerajaan Brunei.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >