BAHAS BELANJAWAN 2016
Buat baik... dapat geran sehingga $50,000
Kementerian Kebudayaan, Masyarakat Dan Belia mahu bangun budaya memberi balik kepada masyarakat
Apr 16, 2016 | 05:30 AM
LEBIH banyak sokongan kini diberikan kepada sesiapa yang ingin melakukan kebaikan.
Warga Singapura dan kumpulan tidak mencari keuntungan tidak lama lagi boleh memohon geran sehingga $50,000 setiap kali mereka mempunyai projek yang membangunkan identiti negara atau membantu golongan kurang bernasib baik.