Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Buat kek tapak kuda untuk kenalan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Buat kek tapak kuda untuk kenalan

Jan 24, 2020 | 12:00 AM



KEK tapak kuda yang biasa dijamu di rumah orang Melayu semasa Hari Raya kini semakin mendapat sambutan daripada masyarakat Cina.



Pembuat kek, Cik Aishah Mahdi, berkata pencuci mulut itu yang beliau sering buat dalam empat perisa, mendapat penerimaan baik bulan ini, terutama bagi perayaan Tahun Baru Cina hujung minggu ini.



''Ada kenalan Melayu saya minta saya buatkan sampai 12 kek tapak kuda. Beliau kata sebahagiannya untuk diberikan kepada rakan-rakan berbangsa Cina.



''Tapi saya dapati kek tapak kuda ini memang popular di kalangan kenalan Cina saya. Mereka pun tahu untuk menyebut nama kek ini dalam bahasa Melayu. Ada yang sukakan perisa asal iaitu Nutella, tapi satu lagi perisa istimewa PaddlePop Cream Cheese turut digemari ramai,'' kata Cik Aishah, 34 tahun.



Ini tahun kedua ibu tiga anak itu membuat kek dan kuih bagi kenalannya sempena Tahun Baru Cina setelah berhenti bekerja pada 2018.



Selain membuat kek tapak kuda, Cik Aishah turut mahir membuat kek ulang tahun, kek gulung, tart nanas dan tart nutella.



''Ada juga kenalan Cina yang meminta saya buatkan tart nanas untuk mereka. Mungkin tart nanas saya ada kelainan daripada yang dijual di luar,'' katanya.



Tidak sekadar meletakkan kek dan tart untuk kenalannya itu di dalam bungkusan atau botol plastik, Cik Aishah turut menampal pelekat berwarna merah beciri Tahun Baru Cina pada setiap bungkusan.



''Saya beli pelekat itu di kedai. Ia ada beberapa perkataan Cina dan gambar buah oren dan saya rasa ia sesuai untuk menggambarkan kemeriahan suasana Tahun Baru Cina. ''Saya lakukan ini kerana bagi saya, bungkusan memainkan peranan penting dalam menarik perhatian seseorang.



''Lagipun bagi mereka yang mahu berikan kek atau tart sebagai hadiah kepada kawan-kawan atau jiran, ia sudah pun datang dalam bungkusan yang rapi,'' katanya yang memiliki perniagaan Oh Delicieux.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >