Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Buat komen perkauman: Bekas pensyarah poly mohon maaf

Jul 09, 2021 | 06:27 PM



BEKAS pensyarah politeknik Tan Boon Lee telah mengeluarkan permohonan maaf rasmi di atas kecaman berbaur perkauman yang dilontarkan kepada pasangan berlainan kaum yang dirakam dalam video tular bulan lalu.



Dalam surat yang dikeluarkan pada Jumaat (9 Julai) oleh peguamnya dari Eugene Thuraisingam LLP, lelaki 60 tahun itu akur bahawa kata-katanya tidak boleh diterima dan dia meminta maaf serta menyesali kesalahannya itu.



Kejadian itu di luar kebiasaan tindak-tanduknya, jelasnya, sambil menambah dia sedang menangani hal peribadi yang menyebabkannya bersedih dan sakit hati.



“Walau apa pun, masalah peribadi saya bukanlah alasan di atas perbuatan saya.



“Saya menyedari kini walaupun saya melahirkannya dari sudut hati yang amat sakit secara peribadi, kata-kata saya terlalu taksub, mendiskiriminasi dan tidak peka,” tulisnya dalam surat itu.



Encik Tan yang sebelum ini mengajar di Politeknik Ngee Ann telah diberhentikan kerja.



Dalam suratnya itu, dia meminta maaf kepada Encik Dave Parkash dan temanitanya, Cik Jacqueline Ho, serta keluarga mereka.



Video yang dirakam menunjukkan Encik Tan melontar kata-kata berbaur perkauman kepada Encik Parkash dan Cik Ho di Orchard Road.



“Saya kini ingin meminta maaf kepada masyarakat Singapura yang lain, yang telah saya sakiti dan tersinggung dengan kata-kata saya,” tambahnya.



Dia menambah kejadian itu mendesaknya untuk “menggali lebih dalam lagi” dan mengimbas semula sikapnya dan gerakan hatinya.



“Saya mengenal pasti kekurangan saya dan ingin belajar daripada peristiwa ini,” ujar Tan, sambil menambah dia akan mengatasi segala kesilapannya bagi memastikan dia tidak mengulangi kesilapan yang serupa lagi.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >