Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Buat komen perkauman: Pensyarah NP dalam proses dipecat

Jun 18, 2021 | 05:30 AM



POLITEKNIK Ngee Ann (NP) sedang dalam proses untuk memecat pensyarah kanan Tan Boon Lee atas salah laku yang serius.



Ini setelah video yang dimuat naik pada 6 Jun di mana Encik Tan melontarkan kata-kata berbaur perkauman kepada pasangan berlainan bangsa di Orchard Road menjadi tular dalam talian.



Ini diikuti dengan pos Instagram pada 9 Jun oleh bekas pelajar NP, Cik Nurul Fatimah Iskandar, yang mendakwa Encik Tan membuat komen berbaur Islamofobia di dalam kelas pada 2017.



NP berkata ia membuat keputusan itu setelah selesai siasatan dalaman ke atas kedua-dua kejadian. Ia telah mendakwa Encik Tan - pensyarah Sekolah Kejuruteraan - dengan pelanggaran serius kod tatalaku kakitangannya.



"Anggota kakitangan kami perlu menghormati perbezaan budaya, etnik dan agama dalam masyarakat. Mereka perlu memegang kepada sikap sekular dan tidak memihak sepanjang masa... tindakan disiplin dikenakan terhadap kakitangan yang dipersoalkan mencerminkan komitmen kami menyediakan sekitaran yang selamat, inklusif dan saling menghormati dalam masyarakat kampus kami,'' ujar kenyataan NP semalam.



Siasatan polis terhadap kedua-dua kejadian itu masih dijalankan.



NP telah meminta maaf atas komen-komen Encik Tan kepada Cik Nurul, dan berkata ia telah menawarkan Cik Nurul sokongan kaunseling.



Khamis lalu, Cik Nurul memberitahu The Straits Times bahawa Encik Tan menggunakan waktu pelajaran untuk memulakan perbincangan menghina Islam.



"Beliau membuka laman web tentang Islam dan menjelaskan mengapa beliau tidak setuju dengan ayat Al-Quran tertentu. Beliau kemudian memanggil saya, dan cuba memulakan satu perdebatan tentang topik itu. Ia tidak membantu yang saya satu-satunya pelajar Muslim dalam kelas dan saya duduk di barisan hadapan," katanya.



NP berkata ia akan memastikan semua saluran maklum balas bagi pelajar lebih mudah diakses dan dilihat di laman webnya, dan mengetengahkannya di skrin digital kampus.



Saluran itu termasuk alamat e-mel bagi pelajar tellnp@np.edu.sg, alamat e-mel AskNP, dialog pengalaman kursus dan tinjauan pelajar.



"Tambahan itu, pelajar boleh berkongsi maklum balas mereka dengan penasihat kakitangan mereka pada bila-bila masa.



"Kami ingin memberi jaminan kepada pelajar bahawa semua maklum balas akan dipandang serius dan ditangani secara rahsia," kata politeknik itu.



NP menambah ia akan menyemak semula proses pemantauan maklum balas dalamannya untuk mengenal pasti dan mengatasi jurang.



"Kami juga mengingatkan semua kakitangan agar mematuhi tegas kod tatalaku kakitangan dan mewujudkan sekitaran pembelajaran yang selamat bagi semua di NP," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >