Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEPUTUSAN GCE PERINGKAT 'A'

Buat penyesuaian demi kejar cita-cita dalam bidang seni bina

Feb 23, 2022 | 05:30 AM



WALAUPUN kedua-dua tahunnya di Maktab Rendah St Andrew's berlaku ketika negara berdepan dengan pandemik Covid-19 namun, Aliyyah Mohammed Helmi, 18 tahun, tidak menjadikannya hambatan untuk terus mengejar peluang untuk mengembangkan minatnya dalam bidang teater dan seni bina di sekolahnya.



Pada mulanya, agak sukar bagi Aliyyah, bekas pelajar Sekolah Perempuan Crescent itu untuk membuat pelbagai penyesuaian di sekolah barunya kerana tempoh pemutus litar, pembelajaran di rumah (HBL) serta pelbagai langkah pengurusan selamat (SMM).



Aliyyah yang mengambil peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'A tahun lalu turut menghadapi kesukaran untuk mengimbangi kurikulum yang lebih intensif serta pelbagai komitmennya di dalam dan di luar sekolah.



Namun demikian, beliau menguatkan azamnya untuk terus maju dan dengan secara proaktif meminta bantuan dan motivasi daripada guru dan rakan-rakannya untuk meningkatkan kemahiran dalam pelajarannya.



Sifatnya yang positif serta berkat kegigihan dan kesungguhannya yang ingin meraih kejayaan itu membolehkan Aliyyah mencapai prestasi baik dan mendapat penghormatan dalam Senarai Kehormatan (Roll of Honour) dalam aliran seni di sekolahnya.



Menyingkap kembali cabaran yang dihadapinya terutama sekali pada permulaan perjalanan di maktab rendahnya, beliau berkata ia memang suatu pengalaman yang cukup mencabar kerana jurang perbezaan antara sekolah menengah dan maktab rendah amat ketara.



"Pada mulanya tidak mudah bagi saya untuk mengimbangi masa dan komitmen untuk kegiatan kokurikulum (CCA) dalam kelab drama, tidak ketinggalan dalam pelajaran saya dan melakukan persiapan untuk pemeriksaan," kata Aliyyah, yang juga mempunyai dua kelas pengajian ilmu agama dua kali seminggu di Andalus Corporation.



Namun, beliau berusaha dan tidak berputus asa.



"Saya menjadualkan masa saya dengan baik supaya dapat meluangkan masa yang cukup untuk mengulangkaji pelajaran saya supaya tidak ketinggalan dan berasa beban dengan banyak pekerjaan yang belum selesai," kata anak bongsu dua beradik itu.



Aliyyah juga menyertai kelab drama di sekolahnya kerana minatnya dalam bidang teater walaupun tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang itu.



Beliau berusaha mempelajari kemahiran teknikal serta memperbaiki dirinya untuk memainkan watak utama dalam pementasan kelabnya berjudul 'Everything but the Brain' oleh Jean Tay pada Mei tahun lalu.



Aliyyah juga meluangkan masa untuk memupuk minatnya dalam bidang seni bina.



Beliau mula tertarik dengan seni bina bangunan negara-negara lain ketika bercuti bersama keluarga.



"Ketika bercuti di Spain pada 2018, saya amat kagum melihat bangunan Al Hambra dan mengetahui lebih lanjut mengenai reka bentuk serta estetiknya dan mula berminat untuk mengetahui mengenai fungsi bangunan itu dan bagaimana ia dibina," katanya.



Minatnya semakin mendalam apabila dia menyertai pelbagai inisiatif sekolahnya yang bertujuan untuk menggalakkan para pelajar meneroka minat mereka.



Sebagai contoh, pada acara tahunan maktab rendah itu, CareerSAdvance, Aliyyah berpeluang bertemu dengan beberapa arkitek berpengalaman dan mengetahui dengan lebih mendalam tentang industri itu serta laluan pendidikan yang berbeza untuk menceburi bidang seni bina.



"Minat saya semakin terpupuk kerana sifat seni bina yang merangkumi pelbagai disiplin yang berbeza seperti geometri dan seni," katanya, yang telah memulakan proses permohonan ke pelbagai kursus sarjana muda Seni Bina di Universiti Nasional Singapura dan Universiti Edinburgh.



Aliyyah meraih Gred A bagi subjek Sastera dan Kertas Am (GP), Gred B bagi subjek ekonomi dan Gred C bagi subjek Sejarah dalam peperiksaan GCE peringkat 'A'.



Mengulas mengenai pencapaiannya, Aliyyah berkata beliau bersyukur kerana kerja kerasnya membawa hasil.




"Pada mulanya tidak mudah bagi saya untuk mengimbangi masa dan komitmen untuk kegiatan kokurikulum (CCA) dalam kelab drama, tidak ketinggalan dalam pelajaran saya dan melakukan persiapan untuk pemeriksaan."
- Aliyyah Mohammed Helmi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >