PENATA gaya selebriti, Cik Mimi Jasmine, melihat pendapatannya menjunam setelah hampir semua kegiatan penerbitan televisyen dibatalkan sebagai langkah mengekang penularan pandemik koronavirus.
Namun, daripada memeluk tubuh dan meratapi keadaannya, Cik Mimi membuat penyesuaian dan gigih memberi 'sentuhannya' pada benda lain pula - iaitu bungkusan hadiah atau hamper.