Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Buaya' di Kolam Air Marina, sukan air digantung: PUB

Nov 28, 2016 | 08:18 AM



KEGIATAN sukan air di Kolam Air Marina digantung setelah seekor "binatang menyerupai buaya" dilihat dalam air dekat Hab Sukan Singapura.



Jurucakap agensi air negara PUB berkata ia menerima laporan mengenai perkara itu pada pagi Sabtu (26 Nov), dan sedang menyiasat serta melakukan rondaan di perairan tersebut untuk mencarinya.



"Kami sedang berhubungan dengan rapat dengan Hab Sukan dan meminta mereka memberitahu kami jika ia ditemui semula," katanya.



"Kami juga telah menghubungi penyelidik dari Universiti Nasional Singapura untuk mengenal pasti binatang itu. Penemuan awal menunjukkan ia mungkin biawak."



Sebagai langkah berjaga-jaga, PUB menasihatkan Persatuan Sukan Kebangsaan dan pengendali sukan air supaya menggantung kegiatan sukan air di kawasan takungan itu, yang terdiri daripada Kallang Basin, Marina Bay dan Marina Channel.



Takungan itu popular bagi kegiatan air seperti berkanu, berkayak dan bot naga.



Persatuan Bot Naga Singapura, Pusat Sukan Air di Hab Sukan Singapura dan Persatuan Rakyat (PA) akan menggantung kegiatan seperti itu hujung minggu ini.



Jurucakap PUB berkata: "Bagi mereka yang membuat keputusan meneruskannya, mereka perlu berhati-hati dan tidak berendam dalam air. Jika mereka melihat binatang itu, mereka tidak harus mendekatinya."



PUB menggesa orang ramai yang melihat binatang itu supaya melaporkan kepadanya bersama gambar dan video serta lokasinya dengan menelefon nombor 1800-2255-782.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >