Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:28
Maghrib
7:19
Isyak
8:28
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Setempat0

Buaya di longkang Sungei Kadut ditangkap, dihantar ke ladang buaya

Jun 21, 2019 | 07:45 PM

SEEKOR buaya yang dilihat di longkang di Sungei Kadut telah ditangkap dan dihantar ke sebuah ladang buaya.

Pengarah Lembaga Taman Negara (NParks), Encik How Choon Beng, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai buaya dalam longkang di Sungei Kadut Drive pada 8.20 pagi, menurut laporan The Straits Times.

Pegawai NParks bekerjasama dengan kontraktor terlatih menangkap buaya tersebut dan kemudian dihantar ke ladang buaya, kata Encik How.

Video mengenai buaya itu - di longkang dan kemudian di tangkap -- tular di media sosial dan dikongsi menerusi Whatsapp.

Berita Popular

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map