Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA - SEKITAR RAMADAN

Bubur bagi penduduk Jalan Kukoh setiap Jumaat di Ramadan

Sajian tajaan Madrasah Aljunied dimulakan bersama M3@Jalan Besar buat 100 famili
Apr 17, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR 100 keluarga yang tinggal di Jalan Kukoh menerima bubur bagi buka puasa semalam, pemberian Madrasah Aljunied Al-Islamiah.



Juadah itu dihantar kepada penghuni flat sewa tersebut oleh 22 pelajar madrasah itu dan sekumpulan relawan daripada MKuasaTiga (M3@Jalan Besar).



Ia pembahagian pertama daripada usaha madrasah itu memberi 100 keluarga di situ bubur untuk buka puasa pada setiap Jumaat sepanjang Ramadan ini.



Melancarkan projek itu semalam, Anggota Parlimen (AP) GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah, berkata:



"Ini satu inisiatif baik kerana ia dapat memberi peluang kepada pelajar madrasah meraih pengalaman baru dan baik. Memang sudah niat kami hendak membantu dan insiatif ini sudah dirancang sebelum M³ Jalan Besar bermula."



Pengetua Madrasah Aljunied, Cik Khairiana Zainal Abiden, pula berkata: "Ini adalah satu hari sangat istimewa kerana saya lihat ini sebagai satu peluang berkhidmat kepada masyarakat.



"Sebagai anak madrasah, tanggungjawab kami ialah kepada masyarakat... kami harus menyumbang kepada masyarakat."



Antara penerima bubur semalam ialah Encik Musadi Muhammad, 40 tahun, dan isterinya, Cik Putri Shahira Abdullah, 30 tahun.



"Alhamdulillah kami sekeluarga sangat bersyukur dan menghargai bantuan yang dihulurkan. Walaupun sedikit, ia tetap membantu keluarga kami," ujar bapa tiga anak itu yang bekerja sebagai pemandu bot.



Selain membantu penduduk di Jalan Kukoh, acara 'Bubur untuk Kukoh' itu bertujuan menyediakan peluang bagi pelajar dan guru madrasah itu mendampingi golongan kurang bernasib baik.



Ahli Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kelab Masyarakat Kim Seng juga terlibat dalam pembahagian bubur itu.



Ia inisiatif pertama dalam senarai program Projek Kukoh yang bertujuan meningkatkan mutu kehidupan penduduk di kawasan itu.



Projek Kukoh merangkumi program pendampingan penduduk bersepadu melibatkan relawan antara lain menganjurkan kegiatan, program bantuan dan menyokong pembelajaran kanak-kanak di sana.



Duta blok juga dilantik untuk memupuk hubungan dan perpaduan antara jiran pelbagai kaum di setiap blok di estet perumahan yang terletak di pinggir Chinatown itu.



Projek itu lahir daripada kerjasama antara M³@Jalan Besar dan Masjid Omar Kampong Melaka ,yang terletak di Keng Cheow Street, bagi memenuhi keperluan masyarakat yang bertambah, terutama dalam pandemik Covid-19 ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >