Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Budak 12 tahun antara 189 suspek disyaki terlibat dalam aktiviti pinjaman wang haram

Dec 08, 2021 | 05:30 AM



SERAMAI 189 individu sedang disiasat polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pinjaman wang haram.



Mereka berusia antara 12 dengan 78 tahun.



Dalam kenyataannya semalam, polis berkata satu operasi anti-peminjaman wang haram telah dijalankan selama dua minggu antara 22 November dengan 3 Disember lalu.



Operasi tersebut melibatkan pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah (CID) dan tujuh divisyen darat yang melakukan serbuan serentak di serata negara.



Daripada 189 individu yang disiasat, 16 suspek dipercayai melakukan gangguan di tempat tinggal peminjam dan lagi 37 dipercayai merupakan 'runner' yang membantu dengan menjalankan pemindahan wang pinjaman haram di ATM, menurut siasatan awal.



Seorang suspek juga dipercayai memberi maklumat perhubungan palsu kepada pemiutang wang haram, mengakibatkan rumah mangsa diganggu.



Lagi 135 suspek dipercayai telah membuka akaun bank dan memberikan kad ATM, nombor pengenalan diri (PIN) dan/atau token Perbankan Internet kepada pemiutang wang haram untuk memudahkan pinjaman wang haram mereka.



Di bawah Akta Peminjam Wang (Edisi Semakan 2010), apabila akaun bank, kad ATM atau token perbankan Internet seseorang digunakan untuk memudahkan peminjaman wang oleh pemiutang haram, orang tersebut dianggap telah membantu dalam melakukan peminjaman wang haram.



Pesalah kali pertama yang didapati melakukan atau membantu melakukan peminjaman wang haram boleh dipenjara sehingga empat tahun, didenda antara $30,000 dengan $300,000, dan dirotan sehingga enam sebatan.



Pesalah kali pertama yang didapati bersalah melakukan atau cuba melakukan sebarang tindakan gangguan bagi pihak pemiutang wang haram boleh didenda antara $5,000 dengan $50,000, dipenjara sehingga lima tahun dan dirotan antara tiga dengan enam sebatan.



Pesalah yang memberi maklumat perhubungan palsu untuk mendapatkan pinjaman daripada pemiutang wang haram boleh dipenjara sehingga 12 bulan.



Polis berkata pihaknya akan terus mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam urusan peminjaman wang haram, tidak kira tugas dan tanggungjawab mereka.



Sementara itu, polis memberi amaran bahawa pemiutang wang haram kini semakin kerap menggunakan wadah mesej atau dalam talian untuk menghantar iklan pinjaman wang.



"Orang ramai diingatkan supaya tidak membalas atau melayan iklan tersebut dan melaporkan mesej itu sebagai spam.



"Orang ramai juga dinasihatkan untuk menjauhi peminjam wang haram dan tidak bekerja dengan atau membantu mereka dalam apa cara sekalipun," kata polis.




"Orang ramai diingatkan supaya tidak membalas atau melayan iklan tersebut dan melaporkan mesej itu sebagai spam. Orang ramai juga dinasihatkan untuk menjauhi peminjam wang haram dan tidak bekerja dengan atau membantu mereka dalam apa cara sekalipun."
- Kenyataan polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >